Sunday, August 13, 2006

Sekolah Menengah Kebangsaaan Chukai,Kemaman

DUNIA DAN AKHIRAT TAK BOLEH DICAMPURKAN...that's why i got 2 mirage's diary here...hehehe-

http://coldstarz12.blogspot.com/

(ini siri bacaan untuk tazkirah diri sendiri)


kenangan smck.........

Gua nak cita psal skolah wa, SMCK. Gua ska sgt ngan skolah tu.Ada byk kenangan yang best kat sana.Gua rasa sema bekas pelajar kat sana ingat ngan kantin tempat kami sema menjamu selera dan menumpang makan.
Yang paling di ingati, tentulah tokoh utama kantin ...mak cik kantin itu sendiri , kekadang muka dia macam tepung gomak.Putih bersalut bedak sejuk, dan kekadang wa sendiri terkejut bila
tengok muka dia. Dah lah jarang senyum, suara dia garau...tapi wa tau dia baik. Kalu tak, dia takkan bersusah payah memasak untuk kami sema makan.
Gua juga ingat makanan kat sana tak lah best mana sebenarnya.Tapi bila dah kije dan makan masakan orang-orang kat serata tempat ni...makanan kat kantin dulu tu jugak lah yang
disebut-sebut..rasa macam, bertuahnya gua dulu boleh makan....macam-macam menu dan yang yang tak dapat disangkal ialah masakan mak cik tu sedap sebenarnya. Gua je buta menilai
.
Wa juga masih ingat kelas-2 yang pernah menempatkan gua untuk menimba ilmu.Kelas 1M1,masa tu Cikgu Rashid yang jadi guru kelasnya,masa tu kami ditempatkan kat blok C, tingkat 3, sebelah kelas 1SE dan ditepi padang sekolah. i luv that time, sebab masa tu tempat duduk wa paling belakang dan paling hujung dan di tepi tingkap yang cermin nako nya sudah pecah separuh, jadi dengan angin petang yang menerobos masuk melalui cermin tingap yang ronggak itulah gua belajar dan menimba ilmu dengan suasana petang yang kadang kala menyayukan hati dan mata...bestnya angin petang begitu....bagai mendodoi-2 mata ini untuk terus terlelap. Tapi gua tak tido dalam klas,kalau ada pun setakat tersengguk-2 je!
Banyak betul kenangan yang gua dapat dalam kelas tu,gua tak dapat ingat sema bebudak
dalam kelas tu tapi gua tetap nak sebut 1 per 1, mana la tau kot-2 ada yang ingat kenangan lama...

Yang gua ingat time tu ketua kami namanya Mustaqim dan penolongnya Nurul Intan Juliana
kedua-2 mereka ni kecik molek and cute. Dan antara pelajar-2 yang ada tersenarai namanya di otak wa ni saat ini...
Rosmawati(EMMA) Norlindawati (LINDA) Marinirma, Marini, Suriati (SU), Rohana Tahar(SYIDAH), Roshana Husien (ANA), Aznita (SITA), Norhasnita (NITA), Norazrien (NORYN), Nik Zuriani Arina (NIK) Zahlia (LIA), Engku Mariah (ENGKU)
Azim Fairuz,Tuan Zainudin(TZ),Azizu,Suhaimi, Shuhaimi (MI),Azman-tapi sekejap je sebelum pindah ke sekolah sukan di terengganu, Shaiful Arifin (Pok Pin)
yang gua ingat setakat itu sajalah...yang lain-2 tu kalu dok tersebut, sori le ye...
gua ini hanya lah makhluk Tuhan yang biasa-2 saja, mungkin tak dapat mengingati kalian dengan sesempurnanya..
apakan daya kan?
Habis bab tingkatan 1, kali ni wa nak jejak memori lama wa kat tingkatan 2 lak. tapi wa tak ingat banyak benda masa kat form2, masa tu wa dah hilang jejak ngan kawan baik wa - Nita-jadi tak lah interesting mana hidup wa masa tu.Cuma yang wa ingat time tu kami dah berpindah ke Blok Pentadbiran, Depan surau, Tepi Toilet dan Blakang Koop (Koperasi) dan kira-kira 110 meter je dari kantin, dan bawah kelas 2m1. Masa ni wa dah kena turun klas, dari 1m1 terus ke 2m2....uwaaa....-tu lah degil tak nak belajar betul-2...dah turun pangkat. Tapi wa tau ada rahmat disebaliknya. Jadi wa pasrah ajelah. Mana-2 kelas sama saja...asalkan dapat belajar kan? kan? kan? Tak banyak sangat yang wa boleh kongsi tentang sejarah wa masa form 2, setakat itu sajalah kot.
Tingkatan 3, entah kenapa tahun ni bagaikan memberi bala yang tak habis-2 kat hidup gua.Bukan gua nak salahkan Pencipta Zaman dan masa, tapi bagi gua tahun 1997...buat gua hilang feel nak idup. Masa ni macam kena sumpahan je. Gua dari form 1-form 2 bersekolah di sesi petang dan kalu ikut, tradisi form 3 kena skolah sidang pagi la pulak tapi oleh kerana ramai sangat bilangan pelajarnya pada tahun yang tersebut itu, maka kami pun di tetapkan ke sesi sidang petang jugak. Ramai jugak bebudak yang tak puas hati. Gua pun sebenarnya tak gembira dengan pembaharuan tersebut...dan ada yang kata keputusan itu semacam tidak adil, dan jauh di sudut hati wa, wa pun rasa macam tak adil jugak.
Sema pelajar tingkatan 3 aliran T (dari 3T1 -3 T6) ditempatkan ke sidang pagi...
Begitu juga pelajar Aliran 3SE1,3KA(English/Arab) dan 3M1,3M7,3M8,3M9
Cuma pelajar dari Aliran 3M2-3M6 di tempatkan di sidang petang dan yang wa ingat, kami sema cuma sempat menikmati era persekolahan di sidang pagi pada tahun 1997 itu selama seminggu sahaja, itupun tak ramai guru yang masuk belajar kerana waktu itu mesyuarat tergempar berlaku hampir setiap hari- dan tajuk utama mesyuarat ialah-berkenaan ketiadaan ruang yang cukup untuk menampung kesemua 22 kelas sidang petang pelajar tingkatan 3-serentak- dan kemuncak kemarahan dan tunjuk perasaan yang berlaku ialah masing-masing membuang dan mengoyak-2kan kertas dan serpihan kertas memenuhi segenap ruang, memutih macam salji tapi yang peliknya tunjuk perasaan itu kelas yang tak terbabit pun terlibat sama, malah melebih-2 la pulak, tensen wa tengok mereka sema, dan yang bestnya, lepas je tunjuk perasaan yang bodoh dan membodohkan diri tu, guru displin dan guru-2 lelaki yang lain mula menghambat pelajar dan kami, sema pelajar tingkatan 3 tahun 1997 di denda supaya mengutip sampah dan hikmah dari peristiwa tersebut, ia menjadikan sekolah kami lebih bersih daripada biasa pada hari itu, yealah mana tak bersihnya, insan yang tak berdosa macam aku ni pun kena gak, tapi hikmah lainnya ialah, ukhwah di kalangan aliran makin dikuatkan...-even just for one day-
Dan yang gua suka dengan apa yang terjadi pada hari itu, ialah, suasana meriah dan sifat gotong-royong yang kami jalinkan. Bayangkan sema pelajar bersatu hati hari tu, yang samseng dan gangster juga yang nerd....pun join sama.
Hari tu aku boleh tengok sema pelajar boleh join group-2 lain untuk mengutip sampah sama.See...ada hikmah di sebalik sema yang berlaku kan?
Tapi yang aku tetap tak suka ialah pada tahun tersebut bermacam-2 dugaan yang datang, sampai rasa fade-up nak g skool.Rasa macam tak de maknanya kalu aku g skolah...tensen je, aku pun tak tau apa yang menguatkan aku untuk g skolah....mgkin masa tu aku masih lagi berkongsi sidang petang bersama MA and Z.
Mereka la penguat semangat untuk g skolah.Walaupun berlainan kelas...Mereka 3M3 dan 3M4 .Tapi at least bleh naik van g skolah n rehat sesama...
Kelas tu membosankan betul...nape lah aku bleh ada kat kelas tu....aiiii
Masalah utama bukanlah para pelajar dan guru-2nya...cuma diri aku sendiri je...kot.Masalah dalaman.Mental tak stabil mana masa agaknya.Tapi ironiknya aku ska betul ngan cikgu-2 yang mengajar aku time tu.Aku ingat jasa dan muka cikgu-2 time tu...dan doaku semoga semua guru-2 yang pernah mengajarku dan kami semua warga smck, beroleh keberkatan hidup dunia dan akhirat.Insya Allah...
Aku ingat lagi Cikgu Abdul Rahman, Ustaz Fauzi, Cikgu Razali, Teacher Adida, mereka antara tarikan utama aku ke sekolah. Tak taulah apa lagi gambaran yang aku boleh umpamakan untuk mengambarkan keistimewaan mereka yang tersebut di atas ini. Mungkin dari cara pengajarannya, mereka nampak sama macam cikgu-2 yang lain tapi entah nape, aku rasa mereka antara guru yang paling aku hormati dan ingati. khasnya Cikgu Abd. Rahman, yang merangkap penolong kanan 1,sidang petang pada waktu itu. Cikgu tu banyak bagi semangat dan jaga kami sema dengan baik skali. Tiap-2 tahun aku pasti akan undi dia untuk kategori guru paling best, walaupun tak menang tapi, bagi aku dia tetap tiada tandingannya. Aku pun tak tau la nape aku ska ngan cikgu tu, tapi yang jadi kebetulannya cikgu tu kenal kakak aku yang masa tu tengah belajar kat skolah menengah agama al-fallah,masa tu ada gosip between my sis ngan sorang bro. cikgu tu terambil buku bro tu yang penuh ngan nama kakak aku, glamer gak la kakak aku time tu,coz ada ada admirer kat skool aku, tapi ironiknya citer ni, aku kenal bro tu, cuma cikgu tu je yg tak tau tu kakak aku...
Aku bosan btul masa kat skool time form 3 ni, macam-2 dugaan yang aku kena tempuhi dan hadapi, kekadang stressnya amatlah menguji keimanan aku sebagai seorang manusia waras.Dan form 3 ni ditempuhi dengan 1001 rasa dan perasaan.
Tahun ini diakhiri dengan game-s.a-secret admire's game- dan aku dapat hadiah berupa sebuah novel- tajuknya-Di Matamu Ada Sendu- Aduhla...macam tetau je yang aku menghadapi saat duka time tu-huhuhu- mungkin masa tu muka aku sedih je kot....and all can read all over my face kot...?kan? - aku berprangsangka tentang diri sendiri- Tpi walaupun aku tak berapa menyukai tahun ini tapi, ada jugak la, insan-2 yang baik dalam kelas tu, kali pertama aku dapat sepucuk surat masa aku sakit, kurang sihat- jadi tak dapat kesekolah, dari seorang pelajar perempuan yang katanya, mendoakan agar aku cepat sembuh, dan meminta keizinan dariku untuk menyalin keseluruhan novel ciptaan ku!!- dan ingin menjadikan aku sebagai -idola??-katanya dia nak berkawan ngan aku, tak berani sangat nak tegur, tak tau la sebab apa...-tapi- meja kami bersebelahan je!!- dari saat itu, kami masih jarang bercakap-tapi yang nyata, kami kerap bertukar senyuman, dan yang aku ingat tahun tu, aku dapat celebrate birthday aku kat skool, aku terima banyak hadiah, dan yang paling 'mahal' hadiah dari girl yang bagi surat tu..- dia dan MA antara orang yang terakhir bagi, sepasang pen biru- dan aku simpan pen itu, untuk jawab periksa PMR..-ntahlah...harga yang mahal bukan segala-2nya...nilai dan caranya yang membuatkan aku rasa betul-2 dihargai...i love that time!!
Akhirnya tahun 1997 berakhir juga dan aku lah manusia yang paling ska ati skali dalam mukabumi ni...dan akhirnya aku mula memasuki era form-4 sesi tahun 1998. Aku dapat klas 4sm2 masa tu.Akhirnya merasa gak berskolah pada waktu pagi,dan nasib aku baik sebab masa tu MA, sepupu aku yang tak berapa 'waras' tu pun join skali. Masa ni guru klas kami, Pn. Sapura, dia mengajar BM, seorang guru yang sgt tegas dan pesimis- tapi itulah yang aku suka tentangnya- at least bila dapat guru garang macam dia ni, aku taklah rasa mengantuk mana bila belajar dalam klas, dan aku ska dan sayang gak la kat cikgu ni...Dia garang tapi, baik sebenarnya. Dia suka sindir-2 dan aku ska ngan sindirannya. Tak tau la macammanalah aku nak lupa renungan matanya time dia jeling aku...aku ska! sebab at least dia bagi, respon kat aku. kami jarang bercakap tapi body language kami hebat betul!
Dia cuma perlu sindir-2 je kat aku bila nak suruh aku selesaikan tugasan atau masuk pertandingan yang dia anjurkan, dan time aku menang tempat pertama masa pertandingan sajak pun dia cuma perlu sindir-2 aku untuk suruh aku g ambik hadiah dan bayar duit yuran penyertaan yang berjumlah RM 2.00, tapi aku tak sempat bayar pun, sampai sekarang-hehehe- berdosa betul aku ni, nantilah aku bayar balik!!-insyaAllah-...tapi semuanya berlaku penuh ngan simbolik dan ayat-2 sinis yang klakar dari mulut dia, tak sangka lak cikgu yang serius macam tu la yang boleh buat aku realease tension.Dan aku cuba sedaya upaya juga untuk perbaiki mutu penulisan aku memandangkan dia guru bm aku, aku dah bangga giler bila dia bagi 'c' kat aku sebab tiada kamus dalam hidupnya nak bagi 'a' atau 'b' kat para pelajarnya. Dapat 'c' pun dah kira terer.Rata-2 sema dapat 'd' je.... Tapi itulah yang kami ska!! Cabaran!!!!
Dia akan tolak markah kami dari segala segi,gaya penulisan, bentuk tulisan, comot ke tak, semua aspek diambil kira - she just want a perfect paper with a perfect words!!-and all try to be a perfect student! - it's work a lots!!
Seat tempat duduk aku kat blakang skali,tepi tingkap!paling kiri,dekat ngan pintu kuar blakang kelas,aku ska tempat tu, meja aku lak, meja kayu yang 'usang' dan unik amat...macam-2 tulisan atas meja tu, hasil nurkilan aku dan pelajar sidang petang, yang berkongsi tempat duduk aku time tu. Tak banyak benda yang hapening berlaku kat aku time ni, tapi aku ska jugak la tahun ni dari tahun 1997, tahun ni pun bagi kenangan yang tak dapat aku lupakan juga bila, tahun inilah kali pertama aku dapat ugutan bunuh!!
Bodus betul makhluk tuhan yang satu tu.... tapi nasib aku baik aku masih bernafas hingga ke hari ini, tapi apa yang akan berlaku esok hari, aku tak tau la pulak.Aku pun tak tau la nape dia hangin sgt ngan aku, nak kata jeles coz result exam/test, aku rasa dia pun not bad la, level aku pun stakat besa-2 je...tak de la hebat sgt, bukan aku je yang rasa pelik ngan dia, tapi kengkawan aku time tu pun heran gak nape la, tetiba je dia berubah jadi pembenci pada aku, mungkin aku ada melakukan kesalahan pada matanya, yang tanpa aku sedari telah melukakan hatinya...-hehehe- aku sekadar berbaik sangka ngan dia, aku cuma doakan dia berbahagia dengan kehidupan dia sekarang. So far, kehidupan aku pun macam besa jugak time ni, yang bestnya bila dapat makin ramai kawan-2 yang boleh klik ngan aku, so aku rasa best jugak la. Yang tak bestnya bila time rest ngan time sains, ngan sains tambahan, kena g makmal and kantin yang letaknya di seberang jalan , dan yang lecehnya bila kena naik jenjantas, penatnya, tuhan je yang tau.Ada jugak beberapa perkara yang sweet berlaku pada aku time tu, tapi, biarlah..rahsia...-hehehe- biar aku simpan yang sweet-2 tu jadi penawar aku kala sendiri-jiwang karat btul la aku...ni...-ai.!!
Tamat form 4, aku kini memulakan sesi persekolahan pada sesi form 5 lak, well, aku kini ditempatkan dalam kelas 5sm1-1999. Masa ni cikgu Anisah jadi guru kelas kitaorang, well, dia juga ajar kami sejarah tapi, aku tak berapa minat ngan sejarah ni, memang ngatuk bila belajar sejarah dari dulu kini dan selamanya, kakak aku sendiri jadi guru sejarah tapi aku tak tau la, macamana la dia ni boleh handle subject sejarah dengan baik, berbanding ngan aku, jadi ternyatalah kini, gen @ genetik bukanlan penentu segalanya..hehehe...i drop that paper-hehehe- aku cuma ska ngan subject sains teras and sains tambahan, then ska ngan seni lukis and pendidikan islam je- tak tau la nape-faktor pembawaan agaknya..
Tak banyak gak benda yang berlaku kat aku masa form 5 ni, semuanya cool and cold-bosan gak-tapi taklah sebosan masa form 3- mgkin masa ni jugak aku ada sepupu-yang menjadi pendamping di tepi meja ku tiap masa- tapi kekadang aku tensen gak ngan dia ni, kekadang kalu aku wak lawak budus skit, dia akan cubit atau dengan tegas mengatakan- T, DIAM!!-tanpa pandang aku lak tu, tak bersopan sungguh sepupu aku ni.Tapi dia ni baik orangnya-seorang yang terlalu rajin membaca sampai bila aku ajak berborak pun lagi skali dia-tanpa memandang ku- then suruh aku diam!!- tensen lah ngan dia ni- serius sangat- tu tak ungkit lagi kes dia tinggalkan aku sesorang dalam kelas masa kami sesama sekelas masa darjah lima-kat Sek. Ren. Kuala. Kemaman-SKKK, boleh dia buat alasan- tak mau ganggu aku tido???-padahal masa tu hari dah waktu balik and sema pelajar dah meninggalkan kelas, kijamnya ko MA!! - tak leh bermanja langsung. Form five ni jugak aku hilangkan buku nota pendidikan islamnya, dan sebagai gantinya, aku bagi hadiah anting-2...budus betul aku ni...then terpaksalah kakak aku ganti ngan buku-2 nota dorang...-kalu tak buat malu je ngan ibu saudara kami- aku rasa aku pun tak patut ganti ngan benda yang nonsense macam tu- aku myesal giler, nasib baik kakak-2 aku ada byk buku nota tambahan, boleh gak MA study-Sorry MA, tapi aku tau dia bijak, so sesenang je dia boleh kredit subject tu, ala spm masa tu soalan senang!! - hehehe - kelas yang terakhir dilalui tanpa sebarang ingatan dan kenangan. Aku pun lupa macam mana titik noktah tahun 1999. Yang aku tau tahun tu aku ambil SPM kat dewan bawah, blok KBSM yang tiga tingkat tu. Tempat yang sama aku ambil paper PMR tahun 1997.
Aku cuma ingat kenangan yang setakat 1995-1999 sahaja. Yang lebih dari tu, aku tak mau ingat, dan tak terlampau ingat sangat.Jadi say gud bye to the next of couple years!!- ayat omputih aku tunggang langgang, but who's care?? rite? asal aku sendiri faham, dah lah...

tapi tak dpt disangkal memang susah nak tinggalkan dan lupakan apa yang pernah skool tu bagi kat aku, banyak kenangan yang terindah yang takkan aku dapat kat tempat yang lain lagi. Semua pelajar membesar di skool, samada skool rendah atau menengah, namun yang pasti semua orang pasti ada kenangan masing-2 tentang sejarah yang pernah mereka kecapi di alam perskoolan. Tiap kali jumpa kengkawan lama, mesti kami akan mengulang cerita lama masa kami di sekolah. Semua yang berlaku dulu, sejarah lama, masa tu semua kami tengah menginjak dari alam kanak-2 kealam remaja, apa yang berlaku adalah cetusan hati yang naif, dicerminkan dengan perbuatan yang bodoh-2 alang, then bila dah beralih kealam remaja, semuanya melibatkan emosi yang tipikal. Semua orang sebenarnya menghadapi situasi yang sama walaupun terikat dalam condition yang berlainan.
How do I, say goodbye, to what we had?The good times that made us laugh, outweigh the bad, ohhh
I thought we'd get, to see forever,But forever's gone away,It's so hard, to say goodbye, to yesterday
I don't know, where the road, is going to lead,All I know, is where we've been, and what we been through, oooh,
If we get to see tomorrow, hope it's worth all the wait,It's so hard, to say goodbye, to yesterday.
And I'll take, with me the memories,To be my sunshine after the rain,It's so hard, to say goodbye, to yesterday


IT MIGHT BE YOU - Stephen Bishop Time...I've been passing time watching trains go by - All of my life lying on the sand watching sea birds fly - Wishing there would be - Someone waiting home for me - Something's telling me it might be you It's telling me it might be you - All of my life
Looking back as lovers go walking past - All of my life - Wondering how they met and what makes it last - If I found the place - Would I recognize the face Something's telling me it might be you, it's telling me it might be you
So many quiet walks to take - So many dreams to make - And with so much love to makeI think we're gonna need some time - Maybe all we need is time...And it's telling me it might be you - All of my life
I've been saving love songs and lullabies - And there's so much more - No one's ever heard before - Something's telling me it might be you, it's telling me it must be you - And I'm feeling it'll just be you all of my life
It's you, It's youI've been waiting for all of my life - Maybe it's you (It's you), maybe it's you (It's you)I've been waiting for you all of my life Maybe it's you, maybe it's youI've been waiting for all of my life







1 Comments:

Blogger hamka said...

Rumah untuk di sewa, taman perumahan perwaja, kemaman

hamka punya! 3 bilik, rumah kos sederhana..

rm 350

he he he, cepat cepat!

11:41 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home