catatan yang dua kali lima
Semalam baru je berikrar nak bersikap baik ngan kekanak ni...- lebih-lebih lagi bila aku baca paper semalam, kes ibu yang disabitkan kesalahan membunuh anak lelakinya yang berumur 4 tahun tu. Then baca lagi kes perang kat Hizbullah, tengok gambar kanak-kanak yang berumur 3-1 tahun mati di bom...masa jadi mayat pun mayat dorang comel giler!! Rasa macam nak menitis lak tengok gambar dorang semua yang bagai tengah tido tu...tak pe "simpanan" untuk ibubapa mereka tu...dapat gak mereka tolong mak bapak dorang kat akhirat nanti..-insyaAllah.
Semalam memandangkan aku beli nasi bungkus, jadi sampai kat rumah aku makan la nasi bungkus - dalam bilik - seorang diri - malas nak kuar, lagipun aku dah bagitau kat kak aku yang aku akan makan dlm bilik - boleh makan ngan gaya bebas- kuak lentang ke, gaya berirama ke.. tengah syok makan sambil tengok tv, then tetiba anak buah aku lak nak masuk, so oleh kerana dia dah buka kelas vokal kat luar pintu bilik aku jadi akupun benarkanlah dia masuk. Masuk je terus dia nak makan nasi, nasi kosong ngan ikan goreng n sambal belacan je, aku pun suap lah dia, entah nape aku rasa macam terganggu je dan campur ngan rasa tak ikhlas coz aku letih tak habis lagi...aku suruh dia kuar makan nasi dan mee kat luar, dia melalak kata tak nak pegi, siap kuar airmata lagi,kata tak nak kuar. Aku tanya best ke makan nasi kosong ni? dia jawab.."sedappp.."sambil angguk dan senyum , tapi entah nape aku rasa macam bad mood je..-aku terganggu sebenarnya semalam-dan terbawa-2 kerumah - sian lak anak buah aku gak yang jadi mangsa..-then mgkin dia tau yang sikap aku macam hantu raya semalam lepas je nasi habis, dia pun melalak nak kuar....-adoilah...penat aku dengar dia nangis la...-bila nak kuar aku pesan kat dia supaya terus tido, padahal masa tu baru 8 lebih,kejamnya aku!! - tapi yang magic nya memang lepas kuar dari bilik aku dia terus duk depan tv kat ruang tamu, sambil baring then tido -
Pagi ni pulak adiknya pula yang buat hal. masa nak solat subuh mereka bertiga masuk dan masing-masing bergerak kearah tempat tido ku...lalu aku pun solat subuh dan biarkan mereka -tapi yang buat aku sebak bila, lepas je solat baru aku perasan...dorang cuba menjahanamkan radio aku - mahal tu...!! - (tak mahal sangat tapi bagi yang pokai macam aku ni...-mahallah-nak beli kena tunggu dapat gaji-huhuhu)-dan bila aku check, ada cd lagu aku yang dah calar...dorang letak klip pin kat dalam pemain mp3 aku... - sedihnya - dan bila nak kuar g kije, aku wat dono je kat dorang...tapi, betullah..si adik yang buat cd aku tu tercalar tu, nangis suruh aku dukung, then bila dukung je, tetiba je dia lentokkan kepalanya kat bahu aku, then cium aku - ai...macam tetau je aku tengah marah dia - siap dia peluk lagi tu!! - bosan betullah!! - (terharu sebenarnya...hehehehe) tapi aku tau aku marah sebab hasutan syaitan yang mengila dalam hati ku, dan aku cuba mengawalnya,walaupun aku rasa sakit hati yang teramat untuk sepanjang minggu ni!! - aku tau aku sentiasa diperhatikan tuhan...dan syaitan juga sentiasa cuba untuk menambahkan bara yang sedia tersimpan!!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home