catatan sekian kalinya...
Ari Jumaat minggu lepas, kakak aku ngan hubby dia datang rumah, bawa present hari jadi (baik betul hati dorang ni, aritu masa bulan ogos dah bagi kad dan sekor anak kura-2-aku tak suka bela binatang sebenarnya,dan masa naik kerumah aku dah pura-2 tak nampak amfibia tu,dan tinggalkan dalam keta dia tapi bro.in law aku lak yang susah-2 bawa naik, jadi aku pun terima je la, siap bekalkan aku ngan makanannya lagi,tak pe la, nanti dah besar sikit aku akan bawa ko balik ke kemaman dan lepaskan ko kat pantai-kat kg aku-dan ari sabtu tu dorang datang lagi, bawa hadiah, kali ni bawa hadiah sempena harijadi aku dalam bulan islam ni lak.... nak tergelak gak aku...bila dorang bagi aku - playstation!!- hehehe tak caya lak dorang sanggup beli benda cam gitu nak bagi kat aku - ape pe pun aku terharu gak- agaknya dorang tau aku ni jenis yang suka memerap dalam bilik kot, tau aku bosan, jadi dorang bagilah aku something to play???-sebenarnya memang peel aku, bila dah masuk bilik susah nak kuar, bukannya ape, bilik kan untuk rehat??jadi berehat je lah dalam tu. Lagipun kami semua g kije lepas subuh,balik pun time magrib, taficc jam lagi, pening la...-w.pun bukan aku yang drive-hehehe- jadi bila sampai rumah je terus makan, mandi solat magrib, tunggu isya', then terus tido- tu lah rutin hidup aku 5 ari seminggu, waktu kije- cuma bila time hujung minggu la bleh relax sikit, tapi tu pun aku habiskan ngan memerap dlm bilik, tengok dvd,cd, dengar lagu ke, atau updated rakaman video - semalam aku guna tape kakak aku yang no.5, hehehe kalu dia tengok rakaman dia balik sure, dia terkejut giler lah...- aku masukkan balik gambar kawin dorang ngan lagu-lagu latar lagi-dia tak de kat sini dan tape tu dia tinggal dalam bilik aku, jadi....hehehehe-aku pun apalagi....- kakak aku yang no.4 semalam tengok, rakaman yang aku buat tu, dia pun terkejut...dan tergelak- dia kata dia pun nak cari gambar kawin dia dan nak buat jugak-(sebenarnya aku dah minta izin kakak aku untuk habiskan saki baki tape dia, dan bila dia izinkan barulah aku buat) dalam kebayakkan perkara aku memang minta izin - nak makan nasi pun aku minta izin n bagitau kat kakak aku, bukan ape, aku cuma risau kalu nasi dan lauk tu tak cukup - walaupun kekadang nasi tu tak habis pun..- ntahlah dah tabiat agaknya, sebab masa kat kampung dulupun, kalu nak ambik ape-2 aku akan minta ngan nenek aku, sampaikan orang tua tu sound - tak payah minta izin..makan jelah- tapi dah namanya tabiat, esoknya, aku akan minta izin lagi-huii...mesti penat telinga dorang dengar aku minta izin...-sampai kakak aku pernah tanya
"ko ni asyik minta izin je, nak mkn nasi minta izin, nak tukar channel tv minta izin, nak baca buku n majalah minta izin, hatta nak masuk tido pun ko minta izin, habis kalu aku tak izinkan macamana?"
aku pun jawab...
"aku ni menumpang je kat rumah ko, kalu ko tak izinkan aku makan, aku takkan makan la, sebab itu bukan beras yang aku beli, kalu ko tak izinkan aku tukar channel tv, aku akan masuk bilik tengok tv aku - walaupun, dlm bilik aku tak de astro macam kat luar, kalu ko tak izinkan aku baca buku ko, aku takkan baca sebab ko yang beli buku n majalah tu,cuma kalu ko tak izinkan aku tido je, aku akan bantah, dan terus masuk tido, sebab aku malas nak layan ko, dan aku ngantuk dan memang kena masuk tido, lagipun aku dah bayar sewa bilik tu."
jadi terdiam la kakak aku....hehehehe
sebenarnya dia kata rumah tu tak payah bayar sewa, sebab tu kan rumah dia, tapi, aku kata kena jugak sebab, cover air, nasi, dan elektrik yang aku guna, lagipun walau apapun alasan, aku tau aku sekadar menumpang....
takkan nak duduk free je, aku pun tau malu...-huhuhuhu
-sebenarnya, aku pun aku start minta izin ni, masa aku remaja dulu-2, coz di awal zaman remaja aku dulu, kekadang kalu jumpa duit syiling dlm rumah, aku akan ambik je, tapi aku akan tulis banyak mana yang aku jumpa, kat mana, then letak note, sikit then tulis kat bawah tu...
"halal kan kalu aku dah mati dan tak sempat bayar balik"
sebenarnya, sepanjang aku hidup aku tak pernah mencuri, cuma masa tu je aku ambik syiling yang aku jumpa tu - terdesak sangat-2 - dan kalu ikut kiraan aku, jumlahnya cuma rm6.00...-masa tu aku bebudak, tapi hidup aku tak tenang, walupun aku dah bagitau kat nenek aku yang aku jumpa duit dalam sudut-2 rumah dan bilik dia, dan dia buat dek je, dan kekadang dia kata, tak pe, tapi aku rasa bersalah yang amat-kekadang lepas aku ambik, aku akan letak semula jumlah wang yang sama, kat tempat yang sama,aku baru 13tahun masa tu - tapi bila aku tido, aku mimpikan macam-2 jadi start aritu...aku pun minta izin...- lagipun masa tu, maksedara aku kawin, dan dia tanya nak tak bilik yang dia ada tu, sekali ngan isinya - katil, almari,meja solek..
aku kata nak la...-then dia tanya -berapa aku sanggup bayar??-masa tu aku pun 13 lagi jadi, aku pun g la korek tabung, then adalah dalam rm40 lebih...-jadi aku bayar lah..rm40 lebih tu depan semua orang dan mak sedara aku pun sound -
"Semua jadi saksi, mulai hari ni...bilik ni di jual dengan harga Rm44.00 tunai!!"
dan aku pun jadi tuan baru..!!!-hehehe
(sebenarnya, aku banyak ambik duit syiling dlm bilik dia ni...haaa...aduh, berdosanya aku rasakan saat itu, tapi nak mengaku, masa tu aku malu!!!-hinanya aku ini!!) dan aku usahakan agar aku tak beli makanan ngan duit tu -haiii- mengeluh-
dan bila dia sanggup jual bilik dia ngan semua benda dlm bilik dia tu..aku terharu sangat.
Then tetiba, mak su aku lak yang bangun, then g masuk bilik dia, then bwa kuar duit Rm400.00 - dia kata
" tak payah, biar je aku yang beli bilik ni, dan sesapa nak duduk dalam bilik ni, duduk la..."
then dia ambik duit aku, dan bagi semula kat tangan aku-
kecewanya aku saat itu - aku taknak barang free!!!
then dorang gelak-2 lagi....
-sebenarnya mak sedara aku nak pindah ari tu, dan hubby dia suruh tinggalkan semua tu sebab, rumah dorang dah lengkap, tapi semua perabot dlm bilik tu baru beberapa bulan dia pakai, kalu ikut logik memang la, tak de yang sanggup jual ngan harga rm40.00, tapi dia kata dia sanggup jual kat aku-dan mak su aku lak, tak sampai hati tengok harta kakak dia di jual ngan harga murah jadi dia pun belilah ngan harga yang setanding-dan dia kata dia wakafkan kat sesape saje yang berminat-
tensen la aku ngan dorang ni, satu tu tak kisah jual ngan harga murah,
satu lagi lak nak tolong bayar
bila masing-2 nak buat amal
sudahnya aku lak yang hilang selera nak jadikan bilik tu as my own room!!
dan lebih teruk ntah nape aku rasa makin berdosa-arghhh- dan hingga kini bilik tu jadi bilik tetamu dan jadi bilik solat untuk orang yang singgah kat rumah kami - cuma katil je di lipat balik, letak kat stor, bawah rumah dan jadilah bilik itu tanpa katil..
huish....panjang nya...tapi start aritu juga , aku kata kalu tuhan dah tetapkan ianya jadi rezeki aku maka ia akan jadi rezeki aku juga, kalu tidak tak dapatlah...walaupun ianya dah siap di offer dan tanpa bayaran untuk seumur hidup!!!
maka makin aku bertambah usia, aku pun makin mengenal erti dosa, dan aku tanamkan dlm diri aku semua yang bukan hak aku adalah bukan hak aku jadi, kalu nak ape-ape pun aku kena minta izin ngan tuan dia jugak!! jika tidak....aku akan menyesal.....
-tuhan balas cash!!!- balasan kat dunia ni cepat, tapi memalukan (mengikut apa yang pernah aku terima -on time!!- bila saja aku niat dan dah buat sesuatu yang di tegah-) cepat giler!!-sekejap je- tapi balasan yang aku terima cukup buat aku terkedu dan malu- diam seribu bahasa dan bercucuran air mata - huhuhu- tuhan mengawasiku 364 hingga 365hari setahun, 12 bulan sepanjang tahun, 28 hingga 31 hari sebulan, 23 jam 58 minit 27 saat sehari - (ikut kadar mudah 24 jam sehari) 60 minit dalam 1 jam, 60 saat dalam 1 minit, 1 masa yang berlalu-walau tanpa kiraan matematik dan ikut hukum fizik-wahhh-no wonder la, cepat je balasan yang aku dapat bila aku buat silap!!-
Tapi aku tahu, tuhan mentakdir segala dan sebab sayangkan aku lah Dia hukum aku - on time - dan mengikut pemahaman aku -itu free of cash sebenarnya-

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home