Sunday, December 10, 2006

catatan 11 november


Masa makin berganti, tiap detik kini, tak sampai 3 minngu lagi, tahun baru akan menjengah tiba...
dan masa pun makin laju berlari...
-wahh...berfalsampah betul...'

- tak apa la, oleh kerana blog ni, aku yang punya jadi - it's officialy and formally, and direct to be mine! -

aku senang bila berbicara tentang keagamaan atau sebarang hal yang boleh men'clear'kan lagi hati ku yang aku rasa makin suram ni- aku suka berbicara tentang ketuhanan yang mampu menenangkan emosiku yang makin kalut hari demi hari ni...
aku juga suka berbicara tenang hukum alam dan kuasa alam semulajadi -yang secara literalnya boleh di juruskan kepada hakikat kekuasaan tuhan juga...

tapi yang paling menarik minat ku ialah pada keadaan alam semesta, aku pun tak tau la nape aku ni takjub sangat pada hal-hal yang berkaitan dengan alam semesta ini, khususnya dalam perkara yang berhubung kait dengan bintang-bintang - sebab tu, nama blog aku pun aku letakkan juga perkataan bintang di hujung talian...- menunjukkan bertapa aku ini berminat pada bintang...

jadi oleh kerana masa yang aku ada sekarang ini tersangatlah lapang -(aku nak buat kije- tapi system down -)jadi aku pun tak mampu untuk berbuat apa-apa pun lagi kecuali mengambil keputusan untuk menulis tentang hakikat kebintangan di keseluruhan siaran untuk kali ini.

Aku baca antara tanda-tanda kiamat ialah banyaknya hiburan...
dan aku pun terpikir tentang perkataan 'bintang'
bintang dalam ciptaan, bintang realiti, bintang fantasia, Bintang bin tang bintang binti tang...dan memacam bintang lagi, tapi ini tak menarik minatku secara keseluruhannya, cuma sedih jugak la, bila ada yang sanggup melakukan apa saja untuk menjadi bintang pujaan sedunia - mengkhayalkan khayalan yang setinggi bintang di langgit - taukah kamu setinggi mana langit kita? sejauh mana bintang-bintang itu??- wahh jom masuk teritorry sains skit -
aku tak perlu bagitau, semua orang dah sedia tahu tentang bintang yang paling dekat dengan bumi - matahari - ia sendiri berjara 149 680 000 kilometer dari bumi, so secara logiknya kalu mahu jadi seterang bintang-bintang di langit tinggi - mahu menjadi seterang matahari - harus mempunyai aura yang mampu menjangkaui jarak 149 juta 680 ribu kilometer dari bumi - dan aku pun berfkirir dengan otak kecil ku ini - bertapa mustahilnya mahu menjadi bintang ciptaan manusia yang se'aura' itu...
lalu ramai lah yang menaruh harapan dan impian yang serapuh dahan nan kering usang ...berdosakah diriku terpaksa melepaskan cintamu yang serapuh dahan nan kering usang yang akhirnya kan jatuh terhempap mengeletap....bla bla..-lagu iklim-1000 x sayang- dan secara rumusannya - aku malas nak memperpanjangkan lagi soal bintang ciptaan ini - lalu bila bintang mereka tak secerah yang diharapkan, mulalah rasa patah hati dan putus asa terhadap hidup - bla bla - dan kisah yang ringkas menjadi makin panjang - bla bla bla...

drop bout that, and now back to the 'starz'
aku suka baca buku gempak starz - kartun dalam tu comel-2 blaka...hehehe......lagha sungguh!!
ok, ok,..minggu lepas aku ada chat ngan sorang pak cik tua, dia seorang ahli j/kuasa di tempat gereja kat tempat dia, dia baru sahaja selesai berperang dengan penyakit kanser peparunya, katanya dia tak tau mengapa dia boleh kena penyakit tu sedangkan dia bukan perokok...-nak je aku jawab, agaknya masa muda pak cik ni ska minum arak tak...?tak pun faktor genetik??? -tapi oleh kerana umurnya dalam 50++jadi aku kawal bahasa ku - dan cuba bercakap secara orang muda ngan orang tua - ohhh muda lagikah aku...??? berberapa minggu lagi dah nak masuk tahun depan,..dan usia pun makin bertambah...arghh - tapi aku pun heran gak, bila sambut birthday beriya-2 pasang lilin atas kek - meraikan pertambahan - sedang malaikat sendiri geleng kepala- hairan kenapa lah manusia ni tak suka jadi tua, tapi sambut ulangtahun harijadi beriya-2...ai..
-aku kata kat diri aku sendiri juga -ohh
tapi yang herannya, pak cik ni macam tak puas-puas hidup lagi -aduhhh cantiknya bahasaku- bila aku tanya apa yang dia mahukan lagi, dia kata oleh kerana dia dah menghabiskan byk masa kat katil hospital jadi dia mahu hidup 200 tahun lagi, ai...manusia manusia...dia kata masih byk yang dia belum capai dalam hidup ni- dan mengertilah aku bertapa dia terlalu mencintai dunianya - aku pun sama - tapi kalu boleh aku tak mau la meninggalkan dunia ni dalam keadaan tua kutuk tak sedar diri -aku tak mau mati dalam keadaan nyanyuk..kesian kat orang-2 di sekeliling ku nanti, dan lebih kasihan kat diri aku sendiri nanti - tapi nak mati dalam umur muda pun - amal macam tak cukup2 lagi, hidup dah berpuluh-2 tahun tapi amal yang dibuat sekadar boleh dihitung ngan jari- sekarang baru tersedar bertapa umurku yang banyak ini telah melalaikan aku dari apa yang sepatutnya..

ohhh...satu yang aku perasan...
aku nak berbicara tentang bintang, tapi aku jauh tersasar dari matlamatku....dan tiadalah bintang di hujung talian hayat untuk kali ni, nantilah aku nak tulis juga tentang bintang-bintang yang aku sayang...
-coldstarz...
bintang yang sejuk...??tak lah, aku lebih suka guna hakikat 'bintang yang nyaman'...cool je...
wassalam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home