Saturday, July 07, 2007

no title

sekadar mengisi masa lapang yang sesekali ada..
aku menguatkan kenyakinan bahawa aku lapang - walaupun sebenarnya aku rasa macam aku sebenarnya ada lagi kije yang nak di buat...
ntah ar..
sebenarnya, sehingga saat ini aku rasakan macam laju benar masa bergerak pergi - jauh meninggalkan aku yang masih ketiadaan masa ini - huhh
( ayat aku ni ....haiii...ntah ar...) kesusahderaan la pulak - ahh persetankan dengan gaya bahasa ku yang agak kucar kacir dan mengelirukan ini...aku sekadar ingin berdialog dengan diri sendiri berkenaan kepantasan masa yang kian laju meninggalkan kita semua - terutamanya aku...
ntah ar - sekadar - prolog dan monolog - aku rasa macam makin tua lak aku ni - namun erti sebenar dewasa belum aku fahami betul-2 lagi- macam mencari-2 identiti yang makin susah nak di mengertikan pulak... - sebenarnya entah kenapa aku rasakan masa makin laju berputar - sekejap je -dan kekadang aku sendiri rasa pelik ngan masa ni - sebab ia pergi masa aku tak sedar diri langsung !! - dan kekadang pelik jugak-ntah nape aku rasa macam nak give up ngan semua benda yang ada depan amata aku ni..dan aku rasa macam kiamat makin dekat lak- eeiii takutnya..
dan sepintas lalu aku teringgatkan dosa-2 ku yang aku lakukan baik di waktu sedar, mahupun separa sedar, malah tanpa aku sedar dan tak sengaja pun...dan teringgat juga dosa dan aib yang akan aku tanggung kat padang masyar nanti - eeiiii - macam-2 benda yang aku buat - hingga aku rasa malu ngan tuhanku namun...kedegilan dan kebodohan yang melampau membuatkan aku seperti akan hidup selamanya - dan aku akan bertidak di luar kewarasan diriku sendiri- bodohnya aku - aku tak tau la apa nak jadi ngan aku ni - aku cuma berharap dan berdoa serta berbaik sangka dengan tuhanku, Allah S.W.T supaya aku di beri kesempatan untuk bertaubat dan pulang kepadaNya dengan jiwa yang tenang dan tenteram.
Eiii..beraninya aku melanggar arahan Raja yang paling berkuasa - ahh nasib baik aku tak di panah petir - sebab semalam hujan - petir dan kilat sabung meyabung - guruh berdetam dentum...- hatiku terasa getar - tapi tetap berbalut dalam selimut - dan sambung tido - zzzzz....tak ambil iktibar langsung - bukan nak bangun bermunajat atau buat apa-2 yang berfaedah - aku cuma bangun bila terasa gatal-2 di gigit nyamuk..lalu buka kipas - dan sambung tido...- banyak lak nyamuk semalam - nasib baik jugak tak kena denggi - boleh koma tuuu...- boleh mati jugak -huhuhuhu
dan masa pun berlalu pergi - sesedar dah pagi dan aku pun bukannya nak bersyukur sebab hidup lagi - tapi boleh lagi mengeluh dalam hati - alahai.....dah pagi rupanya lalu dengan malasnya bangun dan mula g mandi -
Dan sesedar sekarang ni aku dah menaip di skrin ini - office hour lagi-haii...ntaha ar..mungkin sebab aku bosan dan mungkin sebab tak de kije nak buat lagi,dan aku kelihatan begitu relax dan campur rasa mengantuk dan bosan yang menguasai diri ini..aku mula merasakan kebosanan hidup ini yang ntah apa-2...namun masih juga tidak melakukan sebarang kije yang mendatangkan faedah kepada nusa, bangsa dan negara...ahhh aku tengah membiarkan masa meniggalkan ku..dan aku terlalai dengan kealpaan yang ntah apa-2 aku masih tidak mengerti kata-2 frasa ( masa lapang sebelum tibanya masa sibuk)dan masih belum mengambil apa-2 tindakan susulan yang berkaitan...kesiannya kat diri aku - kesian lak kat tubuh badan dan anggota badan ku nanti kat padang masyar mesti kena minta di pertangungjawabkan atas segala sesuatu yang aku lakukan dan yang tidak aku lakukan...
ahhhh ntah apa yang aku melalut dan mengarut ni...
ahhh persetankan semua ini aku dah malas nak menaip - namun yang nyata,.ratiq dan atiq masih lancar mecatit segala sesuatu yang aku lakukan... - lagra lagi....