Sunday, November 19, 2006

catatan sekian kalinya...

Ari Jumaat minggu lepas, kakak aku ngan hubby dia datang rumah, bawa present hari jadi (baik betul hati dorang ni, aritu masa bulan ogos dah bagi kad dan sekor anak kura-2-aku tak suka bela binatang sebenarnya,dan masa naik kerumah aku dah pura-2 tak nampak amfibia tu,dan tinggalkan dalam keta dia tapi bro.in law aku lak yang susah-2 bawa naik, jadi aku pun terima je la, siap bekalkan aku ngan makanannya lagi,tak pe la, nanti dah besar sikit aku akan bawa ko balik ke kemaman dan lepaskan ko kat pantai-kat kg aku-dan ari sabtu tu dorang datang lagi, bawa hadiah, kali ni bawa hadiah sempena harijadi aku dalam bulan islam ni lak.... nak tergelak gak aku...bila dorang bagi aku - playstation!!- hehehe tak caya lak dorang sanggup beli benda cam gitu nak bagi kat aku - ape pe pun aku terharu gak- agaknya dorang tau aku ni jenis yang suka memerap dalam bilik kot, tau aku bosan, jadi dorang bagilah aku something to play???-sebenarnya memang peel aku, bila dah masuk bilik susah nak kuar, bukannya ape, bilik kan untuk rehat??jadi berehat je lah dalam tu. Lagipun kami semua g kije lepas subuh,balik pun time magrib, taficc jam lagi, pening la...-w.pun bukan aku yang drive-hehehe- jadi bila sampai rumah je terus makan, mandi solat magrib, tunggu isya', then terus tido- tu lah rutin hidup aku 5 ari seminggu, waktu kije- cuma bila time hujung minggu la bleh relax sikit, tapi tu pun aku habiskan ngan memerap dlm bilik, tengok dvd,cd, dengar lagu ke, atau updated rakaman video - semalam aku guna tape kakak aku yang no.5, hehehe kalu dia tengok rakaman dia balik sure, dia terkejut giler lah...- aku masukkan balik gambar kawin dorang ngan lagu-lagu latar lagi-dia tak de kat sini dan tape tu dia tinggal dalam bilik aku, jadi....hehehehe-aku pun apalagi....- kakak aku yang no.4 semalam tengok, rakaman yang aku buat tu, dia pun terkejut...dan tergelak- dia kata dia pun nak cari gambar kawin dia dan nak buat jugak-(sebenarnya aku dah minta izin kakak aku untuk habiskan saki baki tape dia, dan bila dia izinkan barulah aku buat) dalam kebayakkan perkara aku memang minta izin - nak makan nasi pun aku minta izin n bagitau kat kakak aku, bukan ape, aku cuma risau kalu nasi dan lauk tu tak cukup - walaupun kekadang nasi tu tak habis pun..- ntahlah dah tabiat agaknya, sebab masa kat kampung dulupun, kalu nak ambik ape-2 aku akan minta ngan nenek aku, sampaikan orang tua tu sound - tak payah minta izin..makan jelah- tapi dah namanya tabiat, esoknya, aku akan minta izin lagi-huii...mesti penat telinga dorang dengar aku minta izin...-sampai kakak aku pernah tanya
"ko ni asyik minta izin je, nak mkn nasi minta izin, nak tukar channel tv minta izin, nak baca buku n majalah minta izin, hatta nak masuk tido pun ko minta izin, habis kalu aku tak izinkan macamana?"
aku pun jawab...
"aku ni menumpang je kat rumah ko, kalu ko tak izinkan aku makan, aku takkan makan la, sebab itu bukan beras yang aku beli, kalu ko tak izinkan aku tukar channel tv, aku akan masuk bilik tengok tv aku - walaupun, dlm bilik aku tak de astro macam kat luar, kalu ko tak izinkan aku baca buku ko, aku takkan baca sebab ko yang beli buku n majalah tu,cuma kalu ko tak izinkan aku tido je, aku akan bantah, dan terus masuk tido, sebab aku malas nak layan ko, dan aku ngantuk dan memang kena masuk tido, lagipun aku dah bayar sewa bilik tu."
jadi terdiam la kakak aku....hehehehe
sebenarnya dia kata rumah tu tak payah bayar sewa, sebab tu kan rumah dia, tapi, aku kata kena jugak sebab, cover air, nasi, dan elektrik yang aku guna, lagipun walau apapun alasan, aku tau aku sekadar menumpang....
takkan nak duduk free je, aku pun tau malu...-huhuhuhu
-sebenarnya, aku pun aku start minta izin ni, masa aku remaja dulu-2, coz di awal zaman remaja aku dulu, kekadang kalu jumpa duit syiling dlm rumah, aku akan ambik je, tapi aku akan tulis banyak mana yang aku jumpa, kat mana, then letak note, sikit then tulis kat bawah tu...
"halal kan kalu aku dah mati dan tak sempat bayar balik"
sebenarnya, sepanjang aku hidup aku tak pernah mencuri, cuma masa tu je aku ambik syiling yang aku jumpa tu - terdesak sangat-2 - dan kalu ikut kiraan aku, jumlahnya cuma rm6.00...-masa tu aku bebudak, tapi hidup aku tak tenang, walupun aku dah bagitau kat nenek aku yang aku jumpa duit dalam sudut-2 rumah dan bilik dia, dan dia buat dek je, dan kekadang dia kata, tak pe, tapi aku rasa bersalah yang amat-kekadang lepas aku ambik, aku akan letak semula jumlah wang yang sama, kat tempat yang sama,aku baru 13tahun masa tu - tapi bila aku tido, aku mimpikan macam-2 jadi start aritu...aku pun minta izin...- lagipun masa tu, maksedara aku kawin, dan dia tanya nak tak bilik yang dia ada tu, sekali ngan isinya - katil, almari,meja solek..
aku kata nak la...-then dia tanya -berapa aku sanggup bayar??-masa tu aku pun 13 lagi jadi, aku pun g la korek tabung, then adalah dalam rm40 lebih...-jadi aku bayar lah..rm40 lebih tu depan semua orang dan mak sedara aku pun sound -
"Semua jadi saksi, mulai hari ni...bilik ni di jual dengan harga Rm44.00 tunai!!"
dan aku pun jadi tuan baru..!!!-hehehe
(sebenarnya, aku banyak ambik duit syiling dlm bilik dia ni...haaa...aduh, berdosanya aku rasakan saat itu, tapi nak mengaku, masa tu aku malu!!!-hinanya aku ini!!) dan aku usahakan agar aku tak beli makanan ngan duit tu -haiii- mengeluh-
dan bila dia sanggup jual bilik dia ngan semua benda dlm bilik dia tu..aku terharu sangat.
Then tetiba, mak su aku lak yang bangun, then g masuk bilik dia, then bwa kuar duit Rm400.00 - dia kata
" tak payah, biar je aku yang beli bilik ni, dan sesapa nak duduk dalam bilik ni, duduk la..."
then dia ambik duit aku, dan bagi semula kat tangan aku-
kecewanya aku saat itu - aku taknak barang free!!!
then dorang gelak-2 lagi....
-sebenarnya mak sedara aku nak pindah ari tu, dan hubby dia suruh tinggalkan semua tu sebab, rumah dorang dah lengkap, tapi semua perabot dlm bilik tu baru beberapa bulan dia pakai, kalu ikut logik memang la, tak de yang sanggup jual ngan harga rm40.00, tapi dia kata dia sanggup jual kat aku-dan mak su aku lak, tak sampai hati tengok harta kakak dia di jual ngan harga murah jadi dia pun belilah ngan harga yang setanding-dan dia kata dia wakafkan kat sesape saje yang berminat-
tensen la aku ngan dorang ni, satu tu tak kisah jual ngan harga murah,
satu lagi lak nak tolong bayar
bila masing-2 nak buat amal
sudahnya aku lak yang hilang selera nak jadikan bilik tu as my own room!!
dan lebih teruk ntah nape aku rasa makin berdosa-arghhh- dan hingga kini bilik tu jadi bilik tetamu dan jadi bilik solat untuk orang yang singgah kat rumah kami - cuma katil je di lipat balik, letak kat stor, bawah rumah dan jadilah bilik itu tanpa katil..
huish....panjang nya...tapi start aritu juga , aku kata kalu tuhan dah tetapkan ianya jadi rezeki aku maka ia akan jadi rezeki aku juga, kalu tidak tak dapatlah...walaupun ianya dah siap di offer dan tanpa bayaran untuk seumur hidup!!!
maka makin aku bertambah usia, aku pun makin mengenal erti dosa, dan aku tanamkan dlm diri aku semua yang bukan hak aku adalah bukan hak aku jadi, kalu nak ape-ape pun aku kena minta izin ngan tuan dia jugak!! jika tidak....aku akan menyesal.....
-tuhan balas cash!!!- balasan kat dunia ni cepat, tapi memalukan (mengikut apa yang pernah aku terima -on time!!- bila saja aku niat dan dah buat sesuatu yang di tegah-) cepat giler!!-sekejap je- tapi balasan yang aku terima cukup buat aku terkedu dan malu- diam seribu bahasa dan bercucuran air mata - huhuhu- tuhan mengawasiku 364 hingga 365hari setahun, 12 bulan sepanjang tahun, 28 hingga 31 hari sebulan, 23 jam 58 minit 27 saat sehari - (ikut kadar mudah 24 jam sehari) 60 minit dalam 1 jam, 60 saat dalam 1 minit, 1 masa yang berlalu-walau tanpa kiraan matematik dan ikut hukum fizik-wahhh-no wonder la, cepat je balasan yang aku dapat bila aku buat silap!!-
Tapi aku tahu, tuhan mentakdir segala dan sebab sayangkan aku lah Dia hukum aku - on time - dan mengikut pemahaman aku -itu free of cash sebenarnya-

Tuesday, November 14, 2006

catatan yang dua kali lima

Semalam baru je berikrar nak bersikap baik ngan kekanak ni...- lebih-lebih lagi bila aku baca paper semalam, kes ibu yang disabitkan kesalahan membunuh anak lelakinya yang berumur 4 tahun tu. Then baca lagi kes perang kat Hizbullah, tengok gambar kanak-kanak yang berumur 3-1 tahun mati di bom...masa jadi mayat pun mayat dorang comel giler!! Rasa macam nak menitis lak tengok gambar dorang semua yang bagai tengah tido tu...tak pe "simpanan" untuk ibubapa mereka tu...dapat gak mereka tolong mak bapak dorang kat akhirat nanti..-insyaAllah.
Semalam memandangkan aku beli nasi bungkus, jadi sampai kat rumah aku makan la nasi bungkus - dalam bilik - seorang diri - malas nak kuar, lagipun aku dah bagitau kat kak aku yang aku akan makan dlm bilik - boleh makan ngan gaya bebas- kuak lentang ke, gaya berirama ke.. tengah syok makan sambil tengok tv, then tetiba anak buah aku lak nak masuk, so oleh kerana dia dah buka kelas vokal kat luar pintu bilik aku jadi akupun benarkanlah dia masuk. Masuk je terus dia nak makan nasi, nasi kosong ngan ikan goreng n sambal belacan je, aku pun suap lah dia, entah nape aku rasa macam terganggu je dan campur ngan rasa tak ikhlas coz aku letih tak habis lagi...aku suruh dia kuar makan nasi dan mee kat luar, dia melalak kata tak nak pegi, siap kuar airmata lagi,kata tak nak kuar. Aku tanya best ke makan nasi kosong ni? dia jawab.."sedappp.."sambil angguk dan senyum , tapi entah nape aku rasa macam bad mood je..-aku terganggu sebenarnya semalam-dan terbawa-2 kerumah - sian lak anak buah aku gak yang jadi mangsa..-then mgkin dia tau yang sikap aku macam hantu raya semalam lepas je nasi habis, dia pun melalak nak kuar....-adoilah...penat aku dengar dia nangis la...-bila nak kuar aku pesan kat dia supaya terus tido, padahal masa tu baru 8 lebih,kejamnya aku!! - tapi yang magic nya memang lepas kuar dari bilik aku dia terus duk depan tv kat ruang tamu, sambil baring then tido -
Pagi ni pulak adiknya pula yang buat hal. masa nak solat subuh mereka bertiga masuk dan masing-masing bergerak kearah tempat tido ku...lalu aku pun solat subuh dan biarkan mereka -tapi yang buat aku sebak bila, lepas je solat baru aku perasan...dorang cuba menjahanamkan radio aku - mahal tu...!! - (tak mahal sangat tapi bagi yang pokai macam aku ni...-mahallah-nak beli kena tunggu dapat gaji-huhuhu)-dan bila aku check, ada cd lagu aku yang dah calar...dorang letak klip pin kat dalam pemain mp3 aku... - sedihnya - dan bila nak kuar g kije, aku wat dono je kat dorang...tapi, betullah..si adik yang buat cd aku tu tercalar tu, nangis suruh aku dukung, then bila dukung je, tetiba je dia lentokkan kepalanya kat bahu aku, then cium aku - ai...macam tetau je aku tengah marah dia - siap dia peluk lagi tu!! - bosan betullah!! - (terharu sebenarnya...hehehehe) tapi aku tau aku marah sebab hasutan syaitan yang mengila dalam hati ku, dan aku cuba mengawalnya,walaupun aku rasa sakit hati yang teramat untuk sepanjang minggu ni!! - aku tau aku sentiasa diperhatikan tuhan...dan syaitan juga sentiasa cuba untuk menambahkan bara yang sedia tersimpan!!

Monday, November 13, 2006

-sekadar menulis untuk diri sendiri-

Hari ni birthday aku - kalu ikut kalendar islam lah...
tak ramai yang tau, semalam kakak aku sms, dia kata dia ada beli birthday's present untuk aku. Tak sangka lak dia sebegitu bermurah hati - Aku pun terharu - hehehehe
sebenarnya aku ini sangat kedekut orangnya, aku pun tak tau la nape aku jadi macam ni...
-aku masih di belenggu syaitan durjana kah..???-
nak kata aku ni kaya...mana ada kayanya-pokai adalah - tapi entah kenapa kekadang datang pula bantuan dari jalan yang tak tersanggka kan..
tahun ni aku beri duit raya kat semua saudara kecik-2 ku...
aku dah bajet ...baik punya...tapi entah nape, ada banyak lagi yang lebih, sedangkan kalu ikutkan semua ang pow raya dah disediakan untuk semua, ikut list nama -
yang buat aku rasa macam nak teriak....bila ada sesetengah budak-2, saudara-2 kecik ku yang bila bersalam ngan aku, dorang kata...
"tak pelah...tak payah duit pun tak pe...kami nak salam je.."
terkedu aku!! Selama ni aku ingatkan bebudak tu hanya tau raya ni nak kumpul duit saja tapi duit raya ku tahun ini bagaikan tak laku!! ohhh
Sesetengah mereka masih tau menghargai hari raya, berbanding ngan diri aku yang dah tua bangka, tapi masih tak sedar-sedar diri lagi ni....
Kekadang bila aku buat dosa sikit je, baru niat tu tapi, terus Tuhan bagi balasan! Cash lagi!!
Pedih dan malunya hanya Allah saja yang tau - ya...benarlah..Allah Maha Mengetahuinya. dan tak sanggup bila mengenangkan apa yang berlaku dan berlalu....ohhh -
Aku insaf....
Aku ni, bukannya tak suka kat bebudak, tapi bebudak yang suka kat aku walaupun kekadang aku ni malas nak layan mereka! - hehehe -
Tanya memacam soklan, sampai aku nak masuk tido dalam bilik aku kat kampung pun mereka ikut!! - aduh...rimasnya aku....!!! aku tak tau la...
Kekadang bila aku rasa aku ni agak keterlaluan, aku akan cuba buat-buat baik dengan mereka, tapi....entahlah kekadang mereka ni suka buat aku tensen!! paling tak ska bila aku dah buat baik ada pulak yang mengada-ngada..tapi yang paling kesian, anak sedara aku sendiri la...
aku pun kekadang kesian ngan bebudak tu..then sometime aku paksa diri aku supaya dekatkan diri aku ngan mereka - aku tak suka juga bila dengar orang komplen anak-2 buah aku yang sedozen tu..macam-2 versi, tapi mereka semua tu anak buah aku juga, baik buruk mereka, itu adalah cerminan adik beradikku juga...
oh...tuhan berilah aku kekuatan untuk menyayangi mereka semua ini lebih dari nyawa ku sendiri....

Friday, November 10, 2006

nothing much la...

Tak ada apa yang nak di tulis...cuma, minggu ni, aku pening skit..lepas raya, pikiran aku pun dah jadi tak stabil mana...tensen memanjang....aku pun tak tau nape...nak kata beban kije...tak adalah sangat..walaupun kekadang aku kena kejar 'deadline'(wah ....macam reporter lak) tapi minggu ni terasa gak bebannya, sema kat rumah aku demam, kes jamuan kat blok bawah rumah kami - satu blok tu yang kena ! aku terselamat kerana aku tak g turun makan ari sabtu aritu...raya ke-13. Aku keletihan - ketensenan, jadi aku bantai tengok citer kartun barbies - yang aku beli untuk anak-2 buah aku yang 3 orang tu..!(best gak sesekali layan citer kartun yang mengarut macam tu - at least aku leh gak release tension) lagipun aku tak ada masa nak tengok tv, tv kat dlm bilik tu, cuma buat perhiasan je, jadi sesekali layan citer kartun tu best gak, dan sesekali kalu rasa macam rindu kat kg aku, aku akan tengok rakaman yang aku sempat buat masa kat kg. Best je, tengok gambar pantai kat kg , bleh dengar angin dan ombak lagi! then yang paling best, mestilah rakaman masa hari keluarga masa raya ke-3 tu, kat pantai Intan. Tok aku jemput semua anak menantu, cucu cicit dia, dan yang paling best, masa acara lumba lari yang - ntah apa-2 tu - tak caya lak aku bleh kalah ngan sepupu aku yang lain - tensen btul!! - tapi paling best bila masa semua orang tengah sibuk buat acara pantai - tok aku lak, sesorang g kutip bunga pokok kacang yang tumbuh kat tepi pantai tu - kakak aku sempat rakam gelagat tok aku yang tgh sibuk kutip bunga sayur tu - dulu masa kecik-2 dulu selalu jugak aku ikut tok aku ke merata tempat - dan bila ada je pokok bunga kacang - yang bentuknya seakan bunga orkid unggu yang kecik( bau dia wangi, tapi tak kuat sangat la) - dia pasti akan sising lengan kutip bunga tu - aku pun samalah! - dan yang paling menabjubkan, rasa bunga tu macam ikan! - sebijik macam ikan! - tu yang kalu aku g ke sekolah tambahan masa kecik-2 dulu dan lalu ikut jalan pantai, mesti aku kutip bunga tu tiap-2 hari, untuk tok aku, dan bila hari keluarga aritu, akulah orang pertama yang realize pokok kacang tu tumbuh kat situ.. memula sema pun macam...yeake yeake..? then wat bodo je - ebab dorang mana pernah kutip bunga tu n ada yang tak pernah ingat adakah mereka pernah memakannya atau tidak...-hmm- aku je rupanya yang ingat!! hampeh btul..! dan orang yang exicted jumpa bunga tu tak lain tak bukan - hanyalah tok aku - Aku juga suka tengok rakaman mak sedara aku yang tersedak kuih, tok aku yang membebel macam mak nenek -( ello..??memang mak nenek apa???-ai aku ni!!! ) mak sedara and pak sedara aku yang kekadang terkedek-2 lari kesana-kemari- maklum - sema berat perut!!gambar mereka tiup belon, kejar belon dan membelonkan perut memasing ngan nasi ayam yang dimasak...dan memacam lagilah...aksi luar kawal mereka...dan paling sweet, aku jumpa ngan seorang anak murid aku - masa aku jadi guru sandaran - sebelum aku kije kat sini. Aku pun tak perasan dia, cuma bila dia panggil aku cikgu je...aku perasan..."laaa...mamat degil ni, rupanya!" masa tu dia ngan kekawan dia tengah buat aksi dalam air, sempat la rakam muka dorang sema dan jerit pekik dorang yang macam kena rasuk tu...- hehehehe.
Hanya ini.....yang bisa membuat ku tenang...tanpa dirimu...aku merasa hilang...dan sepi...(wah..wah...menyanyi lak aku ni) So far, aku cuma rasa rindu kat kampung aku je, "Datanglah bercuti di terengganu,segalanya ada disini.._"uik..macam iklan Tahun Melawat Malaysia lak!!