Tuesday, January 30, 2007

tulisan yang entah ke berapa

Aku ada postkan lagu taman astakona kat post yang terdahulu...
sebenarnya aku suka sangat dengan lagu tu...
lagu yang popular bangat kat skool aku, time aku memuda dulu...
jiwangnya lagu tu..
masa sebut nama taman tu...best je...astakona...
padahal maksud betul astakona tu - segi berbentuk lapan...
taman yang berbentuk lapan la kiranya...bombastik nya perkataan...melangkaui perspektif minda dan aku suka sebab bila dengar lagu tu, macam sajak je...
sajak orang dulu-dulu...
macam sajak tokoh-2 terdahulu...dorang suka guna perkataan yang merangkumi semua sudut dan gaya bahasa. Walaupun aku bukannya seorang tokoh sastera negara, dan aku juga tidak pernah belajar subjek sastera, maka siapalah aku untuk mengkritik gaya bahasa catatan dan hasil nurkilan orang lain. Lagipun banyak yang aku tak faham tentang glosari yang diguna pakai oleh golongan penulis-penulis lainnya.Aku suka bila baca bait-bait terawal lagu tu, secara rambangnya juga aku akna teringatkan zaman kanak-kanak dulu...juga ada admirer masa kecik-2 dulu tu...indahnya zaman yang tak pernah kenal erti dosa itu.Aku juga suka dengan kiasan yang ada dalam lagu tu,tapi yang sedihnya sipenulis lagu tu terjatuh hati pada kawan dia masa kecik dan masih setia menunggu hingga ke akhirnya....- tapi secara optimis nya...no need to pay on nothing rite?? ianya seakan wasting time...menunggu sesuatu yang tak pasti....-wahh...-terlalu setia atau terlalu serius ?? entahlah...namun yang pasti gubahan melodinya juga bagus...lelebih lagi bunyi gitar nya...aduh...la

dan secara lintasan...juga aku teringat pada lagu sifat 20 Allah....masa tu aku juga masih kecik dan menyanyikan lagu itu...tanpa rasa apa-apa...namun bila dah besar...rupanya mengingati Allah itu adalah lebih baik dari menginggati manusia lainnya, dan menyanyikan nama-nama tuhan dan seumpamanya itu juga adalah lebih baik, sambil memahami maksud sebenarnya...- ada sesuatu yang penting harus dilakukan di waktu-waktu lapang begini...- (sebelum tibanya masa sibuk...dan masa mati)...tapi apa ek...?berzikir? bertasbih? dan etc???
---nantilah aku sambung balik...

Monday, January 29, 2007

taman astakona...

Umpama mimpi, ku kecap kenangan
taman permainan masa kecil dulu
sisip senyum mu kemanisan tanpa gula
meninggalkan 1000 keresahan
tika gerimis menitis di hati
kenangan lenyap tanpa sedar
mungkinkah ada lagi saat-saat indah itu
agar dapat kita bersama lagi
dalam kelam engkau datang memujuk hati yang sepi
kala terang engkau hilang entah kemana
andai kata hanya mimpi mengusik kenangan silam
mengapa hangat tangan mu ku terasa??
namamu ku ukir di pohon di tepi taman
sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
semoga kau terlihat ketika melintasi taman
sebagai tanda percintaan abadi
ataupun pada malam naungan cahaya purnama
menyuluh ukiran yang memanggil sejuta seri
yang menghias taman ini penuh dengan cahaya misteri
kekosongan hingga ia kesepian
harumnya mawar menyulam asmara
harum cempaka kesayuan
di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
mungkinkah akan begini selamanya

Sunday, January 28, 2007

aku menulis...

Aku menghitung hari sebenarnya....(wahhh...ayat..) menghitung hari untuk meninggalkan kota ini...
aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik setakat ni...dan aku tak sabar-sabar nak mulakan nya sekali lagi..- di tempat baru - tapi yang nyata, aku seakan tak sabar nak balik Terengganu...-hehehe
lambatnya...
nanti kalu dah pindah sana, dah kije sana aku bolehlah ronda-ronda bandar chukai macam yang aku selalu buat time aku muda remaja dulu...
nanti boleh lah, pergi hang out kat pantai kat kg aku petang-petang...uii..bestnya....
dan lagi, aku boleh tengok muka omma (nenek) aku...
sebab, bila balik kg sekali sekala, aku cuma rest je kat rumah, tak de masa pun nak berbual ngan dia...sedih la pulak...
ayah aku pun aku tak jumpa dia masa balik raya aji aritu, cuma berkesempatan bersalam ngan dia masa pagi raya dan bila nak balik...lagipun aku bawa balik anak buah aku, aina...aritu...jadi masa aku banyak di habiskan dengan rehat - jaga bebudak ni penat, dan sudahnya...tido je kije aku...-lagha betul!!
tapi sekurang-kurangnya aku sempat gak bermesra dengan saudara-mara...cuma dengan bapak aku je, aku tak banyak cakap, tulah masalah, dah makin jauh lak....
aku doakan kayalah aku, sebab dua ari lepas aku mimpi dapat peluang jadi kaya dan dalam mimpi tu, aku ajak nenek n bapak aku g umrah...hehehehe - ya Allah makbulkanlah...
nak juga aku g Mekah ngan bapak aku, sebab kami jarang luangkan masa bersama. Kalau bercakap ngan bapak aku sendiri pun aku rasa segan dan malu - wahhh- teruknya aku ni...
setiap anak dan ibu bapa ada cerita yang tersendiri, dan masing-masing mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang, walaupun kekadang ayah aku buat keputusan yang tak 'mengembirakan' aku namun, hidup dia adalah milik dia, dia yang akan tentukan segalanya, dan kini terbukti, dia hidup ngan pilihan dia sendiri, namun, kadang-kadang aku takkan mampu untuk menidakkan naluri seorang anak, namun Allah juga yang berkuasa atas segala sesuatu, dan doaku moga setiap kita diberikan kesudahan yang paling baik di dunia ini, dan di bangkitkan dengan rasa aman dan tenang..
---nantilah aku sambung balik..

Friday, January 26, 2007

catatan ntah untuk kali ke berapa

Saat ini aku benar-benar rindu pada semuanya....
saat ini juga aku akan mula merindui sesetengah masa yang aku habiskan di kota yang amat 'kaku' dengan perasaan dan 'beku' pada jiwa
saat ini juga aku mula merindukan sesuatu yang telah lalu...
saat ini juga aku akan merindui seluruh masa hidupku...


-subjektifnya maksud kata-kata tak kan aku mampu mengungkapkannya dalam apa jua jenis penggunaan bahasa dan atur cara gaya penulisan...

namun yang pasti, apa yang aku rasa saat ini amat sukar digambarkan...
aku rindukan ketengangan yang makin menghilang
rindukan kenangan yang tak mungkin dapat dilulang
rindukan sesuatu yang aku rasa aku sendiri tak faham
rindukan pada perasaan yang tak dapat dibayangkan!!

aku dapat tawaran kerja, dari saudara ku, di tempat yang amat aku rindui...
magiknya perasaan itu tak dapat aku terangkan...
aku suka giler...tapi...-ntahlah- yang pasti aku benar-benar suka..!
cuma terbeban dengan rasa bimbang...
aku bimbang aku takkan mampu bekerja dengan lebih baik..
aku bimbang aku takkan mampu memuaskan hati majikan baru..
aku bimbang kan segalanya..
kekadang aku rasa mahu terbang pulang...
dan kadang-kala aku rasa mahu saja tetap di sini...
namun...
kemahuan hati kadang kala mengabui fikiran..
kecelaruan akal pula kadangkala mempengaruhi perasaan...
dan sudahnya aku sudah tidak mampu mempertaruhkan sebarang keputusan....
namun suka atau tidak, masa terus berjalan..
percaya atau tidak, aku rasa aku takkan mampu lagi bertahan
dan antara paksa atau rela, memang aku benar-benar harus membuat pilihan...
memilih sesuatu yang saling ada kelebihan dan kepentingan..
dan berdaya atau tidak, aku benar-benar harus berani berdepan dengan kenyataan hidup ku yang seterusnya..

aku berdoa pada Tuhan kita semua yang sangat-sangat Berkuasa atas kita semua...berdoa padaNya tentang segala sesuatu, aku benar-benar berharap dan menaruh segala nya kepadaNya...dan dia benar-benar pula mengabulkan sesetengah yang aku minta, dan perasaan itu benar-benar Magik' giler...!!!

dan kini, aku rasa hanya Dia yang benar-benar Mengetahui apa yang aku mahukan dan Dia Maha Mendengar...dan aku tahu Dia juga Mengetahui apa yang ada dalam fikiran kau yang sedang membaca ini...
apa yang kau mahukan...? dan apa jua pun yang dimahukan, aku tahu Dia amat mengetahuinya...aku sendiri tak tahu apa lagi yang ditahan untuk diberikan pada kita semua...rahmatNya kah...?
Kasih sayangNya yang takkan pernah kita faham kah..?
rasa tenang dan bahagia kah...?
atau dia menyimpan ujian yang sikit-sikit...atau boleh jadi Dia ada simpankan kita ujian yang membukit..!!
atau...Dia tahan bala atas kita kah...?
-kerana kita takpernah mengerti hakikat sebenar seorang hamba...?-
-Mahukan semua nya.....!!!
-tamak benar hamba yang sebegini..!!
-pasti itu aku..
-seorang pekerja pasti akan dibayar gaji
-tapi seorang hamba..takkan layak meminta apa-apa pun kepada
Penciptanya..!
-Tak layak!!-
apa yang di beri atas belas ihsanNya terhadap hamba-Nya...
namun itu semua sekadar memdidik kita menjadi hamba yang bersyukur...
Dia berhak membuat apa-apa pun kepada kita...
dan kita tak patut mengatakan Dia sebagai tuhan yang tidak adil..
kerana Dia ada Hak yang melangkaui apa-apa akta dan logik akal sekalipun...!!
Dia ciptakan kita atas kemahuanNya...
dan kita hidup dan mati atas kemahuanNya...
Kejamkah tuhan kita?
Tidak sekali-kali, malah amat menyayangi setiap sesuatu makhluk ciptaanNya, tidak kiralah sama ada kita engkar atau taat..
kerana itulah, ramai hamba-2Nya yang berhati raja dan berjiwa sultan, walau hakikatnya lebih hina dari bumi yang dipijak dan di injak!!
Dia sayangkan aku!!!Dia juga amat menyayangi diri kau!!!
Dia sayangkan kita dalam diam dan dalam rahsia!!!
dan sama ada percaya atau tidak Dia amat menyayangi aku melebihi aku menyayangiNya...!!
dan kadangkala....-hanya Dia yang wajib disayangi melebihi segala sesuatu- walaupun kadang-kala kau dan aku tak mampu menahan perasaan atas segala macam ujian...-

dan....
kembali kepada pilihan antara 2 jalan...
aku sendiri keliru...
sebahagian diri dan perasaanku berada di tempat lama
dan sebahagian lagi menahan aku untuk terus disini...
dan...aku harap akan ada satu keputusan nekad yang takkan mampu kukesali....
"Ya Allah, hanya Engkau penunjuk jalan atas segala sesuatu!!"

Wednesday, January 17, 2007

saja - saja tulis

Berkurun rasanya tidak menaip di sini..
Aku terlalu blur ngan beberapa perkara kat sini...
tapi alhamdulillah...syukur pada Tuhan yang Esa , akhirnya aku dah setelkan sema kije ikut time' - tapi tak tau lah kot-kot ada lagi pindaan yang akan datang, tapi harap-2 there's no 'next' problem...

Tahun ni dah masuk kalendar 2007...
10 tahun yang lalu, aku bergelut ngan exam PMR...
8 tahun yang lalu, aku juga melalui saat-2 getir menjawab soklan SPM..
6 tahun yang lalu, aku juga merasa bagaimanalah..rasanya jawab soklan STPM
4 tahun yang lalu, aku juga pernah mengajar bebudak skool rendah...
dan kemudian datang kije kat ibu kota metropolitan ni....
2 tahun yang lalu, aku masih kabur ngan matlamat hidup aku..
1 tahun yang lalu, aku juga masih lalai dalam banyak hal..
tahun ini, aku tak tau lah nak kata apa lak...
cuma harap, Tuhan akan mempermudahkan apa yang aku RASA susah...
asyik nak minta senang' je...aku rasa aku pun kena ubah metality aku tu..
aku pun tak tau apa nak jadi lah ngan diri aku ni...
-----------------------------18.01.2007---------------------------------

Hmmm...
lebih kurang 3 jam lagi, seluruh umat islam seantero dunia...termasuk lah aku akan menyambut ketibaan tahun baru
Maka, nanti bila "Pak Bilal" menyeruankan azan, maka secara rasminya
hari terakhir tahun 1427 Hijrah pun akan melabuhkan tirainya...
hari ini hari terakhir bulan Zulhijjah,
sekejap saja masa berlalu, dan kini apa yang berlaku adalah sesuatu yang baru..
Magrib nanti, secara automatiknya semua mahkluk tuhan akan menyambut Maal Hijrah...dan aku sendiri tertanya-2 sudahkah aku bersedia untuk menghijrahkan diriku ini kearah yang lebih dari baik dari hari-hari lalu...?
Terlalu banyak hipokrasi disini, secara detail atau tidak namun yang pasti aku juga sama saja...


Terdapat 3 jenis manusia yang tidak dapat dikenali melainkan dalam 3 keadaan...


- Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah
- Orang yang berani melainkan ketika berperang
- Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
aku tergolong ke...? ntahlah...
aku pun tengah blur lagi ni..
------------------------19.01.2007-------------------------------------------
Editing....
21.01.2007 - monday
aku pun tak tau apa yang bleh di updated lagi untuk sesi memblog kali ni...
aku masih kurang jelas ngan apa yang aku rasai dan pikir kan saat ni...
aku rasa tak de apa yang aku nak catatkan lagi kat sini...
sorang kawan aku juga, sudah tidak lagi membalas mesej di ruangan message board, agak lama juga sejak beberapa minggu lalu...dia request a "birhtday greeting" dari aku, dan aku terlalai kerana beberapa hari terlambat...dan aku tak tau semaada dia tengah merajuk sekarang ni atau dah pulang bercuti..
-kelakar jugak bila dia suruh aku hantar ucapan sebegitu, bila baca mesej dia , aku lak yang rasa sedih...ai...-
biasanya dia yang akan cuba berkhutbah, dan memberikan semangat...bila aku yang 'feling down' Cuma kekadang aku 'confius' ngan dia ni...
berlainan umur, jantina dan agama...membuatkan aku menilai dia dengan sesuatu yang agak 'pesimis'... dan kekadang pelik...dan kekadang aku lak yang rasa 'fade up' ngan dia....ai
aku rasa kosong sekarang ni...ada sesuatu yang aku tak boleh nak tafsirkan dengan kata-kata dan tulisan ....
tapi yang pasti aku tak sabar nak balik kg lagi...
dan entahlah...kali ni aku rasa macam malas nak stay kat K.L ni lagi..
bandaraya ni pun kosong bagi aku....
walaupun ada banyak benda kat sini, tapi satu pun tak memberi erti yang spesifik pada aku..
aku rasa aku kena tunggu skit masa lagi nak 'up grade' mood aku ni
nasib baik la..'play station's game's can bring that a such good feling, so aku habiskan masa ku ngan main game selepas je solat isya' hingga 2,3 pagi.... - so until that mood coming ...i will calm down my feling dengan cara ku - sepatutnya aku lebih bermusahabah...kan diri, buat tazkirah ringkas...kat jiwa aku ni...tapi....
- aku ini manusia biasa...amat kaya dengan alasan dan perasaan yang sia-sia....
Ya Allah...Kau berikanlah aku kekuatan dan makbulkan lah sesetengah doaku...-hehehehe-Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku ini -