aku menulis...
Aku menghitung hari sebenarnya....(wahhh...ayat..) menghitung hari untuk meninggalkan kota ini...
aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik setakat ni...dan aku tak sabar-sabar nak mulakan nya sekali lagi..- di tempat baru - tapi yang nyata, aku seakan tak sabar nak balik Terengganu...-hehehe
lambatnya...
nanti kalu dah pindah sana, dah kije sana aku bolehlah ronda-ronda bandar chukai macam yang aku selalu buat time aku muda remaja dulu...
nanti boleh lah, pergi hang out kat pantai kat kg aku petang-petang...uii..bestnya....
dan lagi, aku boleh tengok muka omma (nenek) aku...
sebab, bila balik kg sekali sekala, aku cuma rest je kat rumah, tak de masa pun nak berbual ngan dia...sedih la pulak...
ayah aku pun aku tak jumpa dia masa balik raya aji aritu, cuma berkesempatan bersalam ngan dia masa pagi raya dan bila nak balik...lagipun aku bawa balik anak buah aku, aina...aritu...jadi masa aku banyak di habiskan dengan rehat - jaga bebudak ni penat, dan sudahnya...tido je kije aku...-lagha betul!!
tapi sekurang-kurangnya aku sempat gak bermesra dengan saudara-mara...cuma dengan bapak aku je, aku tak banyak cakap, tulah masalah, dah makin jauh lak....
aku doakan kayalah aku, sebab dua ari lepas aku mimpi dapat peluang jadi kaya dan dalam mimpi tu, aku ajak nenek n bapak aku g umrah...hehehehe - ya Allah makbulkanlah...
nak juga aku g Mekah ngan bapak aku, sebab kami jarang luangkan masa bersama. Kalau bercakap ngan bapak aku sendiri pun aku rasa segan dan malu - wahhh- teruknya aku ni...
setiap anak dan ibu bapa ada cerita yang tersendiri, dan masing-masing mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang, walaupun kekadang ayah aku buat keputusan yang tak 'mengembirakan' aku namun, hidup dia adalah milik dia, dia yang akan tentukan segalanya, dan kini terbukti, dia hidup ngan pilihan dia sendiri, namun, kadang-kadang aku takkan mampu untuk menidakkan naluri seorang anak, namun Allah juga yang berkuasa atas segala sesuatu, dan doaku moga setiap kita diberikan kesudahan yang paling baik di dunia ini, dan di bangkitkan dengan rasa aman dan tenang..
---nantilah aku sambung balik..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home