Wednesday, January 17, 2007

saja - saja tulis

Berkurun rasanya tidak menaip di sini..
Aku terlalu blur ngan beberapa perkara kat sini...
tapi alhamdulillah...syukur pada Tuhan yang Esa , akhirnya aku dah setelkan sema kije ikut time' - tapi tak tau lah kot-kot ada lagi pindaan yang akan datang, tapi harap-2 there's no 'next' problem...

Tahun ni dah masuk kalendar 2007...
10 tahun yang lalu, aku bergelut ngan exam PMR...
8 tahun yang lalu, aku juga melalui saat-2 getir menjawab soklan SPM..
6 tahun yang lalu, aku juga merasa bagaimanalah..rasanya jawab soklan STPM
4 tahun yang lalu, aku juga pernah mengajar bebudak skool rendah...
dan kemudian datang kije kat ibu kota metropolitan ni....
2 tahun yang lalu, aku masih kabur ngan matlamat hidup aku..
1 tahun yang lalu, aku juga masih lalai dalam banyak hal..
tahun ini, aku tak tau lah nak kata apa lak...
cuma harap, Tuhan akan mempermudahkan apa yang aku RASA susah...
asyik nak minta senang' je...aku rasa aku pun kena ubah metality aku tu..
aku pun tak tau apa nak jadi lah ngan diri aku ni...
-----------------------------18.01.2007---------------------------------

Hmmm...
lebih kurang 3 jam lagi, seluruh umat islam seantero dunia...termasuk lah aku akan menyambut ketibaan tahun baru
Maka, nanti bila "Pak Bilal" menyeruankan azan, maka secara rasminya
hari terakhir tahun 1427 Hijrah pun akan melabuhkan tirainya...
hari ini hari terakhir bulan Zulhijjah,
sekejap saja masa berlalu, dan kini apa yang berlaku adalah sesuatu yang baru..
Magrib nanti, secara automatiknya semua mahkluk tuhan akan menyambut Maal Hijrah...dan aku sendiri tertanya-2 sudahkah aku bersedia untuk menghijrahkan diriku ini kearah yang lebih dari baik dari hari-hari lalu...?
Terlalu banyak hipokrasi disini, secara detail atau tidak namun yang pasti aku juga sama saja...


Terdapat 3 jenis manusia yang tidak dapat dikenali melainkan dalam 3 keadaan...


- Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah
- Orang yang berani melainkan ketika berperang
- Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
aku tergolong ke...? ntahlah...
aku pun tengah blur lagi ni..
------------------------19.01.2007-------------------------------------------
Editing....
21.01.2007 - monday
aku pun tak tau apa yang bleh di updated lagi untuk sesi memblog kali ni...
aku masih kurang jelas ngan apa yang aku rasai dan pikir kan saat ni...
aku rasa tak de apa yang aku nak catatkan lagi kat sini...
sorang kawan aku juga, sudah tidak lagi membalas mesej di ruangan message board, agak lama juga sejak beberapa minggu lalu...dia request a "birhtday greeting" dari aku, dan aku terlalai kerana beberapa hari terlambat...dan aku tak tau semaada dia tengah merajuk sekarang ni atau dah pulang bercuti..
-kelakar jugak bila dia suruh aku hantar ucapan sebegitu, bila baca mesej dia , aku lak yang rasa sedih...ai...-
biasanya dia yang akan cuba berkhutbah, dan memberikan semangat...bila aku yang 'feling down' Cuma kekadang aku 'confius' ngan dia ni...
berlainan umur, jantina dan agama...membuatkan aku menilai dia dengan sesuatu yang agak 'pesimis'... dan kekadang pelik...dan kekadang aku lak yang rasa 'fade up' ngan dia....ai
aku rasa kosong sekarang ni...ada sesuatu yang aku tak boleh nak tafsirkan dengan kata-kata dan tulisan ....
tapi yang pasti aku tak sabar nak balik kg lagi...
dan entahlah...kali ni aku rasa macam malas nak stay kat K.L ni lagi..
bandaraya ni pun kosong bagi aku....
walaupun ada banyak benda kat sini, tapi satu pun tak memberi erti yang spesifik pada aku..
aku rasa aku kena tunggu skit masa lagi nak 'up grade' mood aku ni
nasib baik la..'play station's game's can bring that a such good feling, so aku habiskan masa ku ngan main game selepas je solat isya' hingga 2,3 pagi.... - so until that mood coming ...i will calm down my feling dengan cara ku - sepatutnya aku lebih bermusahabah...kan diri, buat tazkirah ringkas...kat jiwa aku ni...tapi....
- aku ini manusia biasa...amat kaya dengan alasan dan perasaan yang sia-sia....
Ya Allah...Kau berikanlah aku kekuatan dan makbulkan lah sesetengah doaku...-hehehehe-Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku ini -

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home