catatan ntah untuk kali ke berapa
Saat ini aku benar-benar rindu pada semuanya....
saat ini juga aku akan mula merindui sesetengah masa yang aku habiskan di kota yang amat 'kaku' dengan perasaan dan 'beku' pada jiwa
saat ini juga aku mula merindukan sesuatu yang telah lalu...
saat ini juga aku akan merindui seluruh masa hidupku...
-subjektifnya maksud kata-kata tak kan aku mampu mengungkapkannya dalam apa jua jenis penggunaan bahasa dan atur cara gaya penulisan...
namun yang pasti, apa yang aku rasa saat ini amat sukar digambarkan...
aku rindukan ketengangan yang makin menghilang
rindukan kenangan yang tak mungkin dapat dilulang
rindukan sesuatu yang aku rasa aku sendiri tak faham
rindukan pada perasaan yang tak dapat dibayangkan!!
aku dapat tawaran kerja, dari saudara ku, di tempat yang amat aku rindui...
magiknya perasaan itu tak dapat aku terangkan...
aku suka giler...tapi...-ntahlah- yang pasti aku benar-benar suka..!
cuma terbeban dengan rasa bimbang...
aku bimbang aku takkan mampu bekerja dengan lebih baik..
aku bimbang aku takkan mampu memuaskan hati majikan baru..
aku bimbang kan segalanya..
kekadang aku rasa mahu terbang pulang...
dan kadang-kala aku rasa mahu saja tetap di sini...
namun...
kemahuan hati kadang kala mengabui fikiran..
kecelaruan akal pula kadangkala mempengaruhi perasaan...
dan sudahnya aku sudah tidak mampu mempertaruhkan sebarang keputusan....
namun suka atau tidak, masa terus berjalan..
percaya atau tidak, aku rasa aku takkan mampu lagi bertahan
dan antara paksa atau rela, memang aku benar-benar harus membuat pilihan...
memilih sesuatu yang saling ada kelebihan dan kepentingan..
dan berdaya atau tidak, aku benar-benar harus berani berdepan dengan kenyataan hidup ku yang seterusnya..
aku berdoa pada Tuhan kita semua yang sangat-sangat Berkuasa atas kita semua...berdoa padaNya tentang segala sesuatu, aku benar-benar berharap dan menaruh segala nya kepadaNya...dan dia benar-benar pula mengabulkan sesetengah yang aku minta, dan perasaan itu benar-benar Magik' giler...!!!
dan kini, aku rasa hanya Dia yang benar-benar Mengetahui apa yang aku mahukan dan Dia Maha Mendengar...dan aku tahu Dia juga Mengetahui apa yang ada dalam fikiran kau yang sedang membaca ini...
apa yang kau mahukan...? dan apa jua pun yang dimahukan, aku tahu Dia amat mengetahuinya...aku sendiri tak tahu apa lagi yang ditahan untuk diberikan pada kita semua...rahmatNya kah...?
Kasih sayangNya yang takkan pernah kita faham kah..?
rasa tenang dan bahagia kah...?
atau dia menyimpan ujian yang sikit-sikit...atau boleh jadi Dia ada simpankan kita ujian yang membukit..!!
atau...Dia tahan bala atas kita kah...?
-kerana kita takpernah mengerti hakikat sebenar seorang hamba...?-
-Mahukan semua nya.....!!!
-tamak benar hamba yang sebegini..!!
-pasti itu aku..
-seorang pekerja pasti akan dibayar gaji
-tapi seorang hamba..takkan layak meminta apa-apa pun kepada
Penciptanya..!
-Tak layak!!-
apa yang di beri atas belas ihsanNya terhadap hamba-Nya...
namun itu semua sekadar memdidik kita menjadi hamba yang bersyukur...
Dia berhak membuat apa-apa pun kepada kita...
dan kita tak patut mengatakan Dia sebagai tuhan yang tidak adil..
kerana Dia ada Hak yang melangkaui apa-apa akta dan logik akal sekalipun...!!
Dia ciptakan kita atas kemahuanNya...
dan kita hidup dan mati atas kemahuanNya...
Kejamkah tuhan kita?
Tidak sekali-kali, malah amat menyayangi setiap sesuatu makhluk ciptaanNya, tidak kiralah sama ada kita engkar atau taat..
kerana itulah, ramai hamba-2Nya yang berhati raja dan berjiwa sultan, walau hakikatnya lebih hina dari bumi yang dipijak dan di injak!!
Dia sayangkan aku!!!Dia juga amat menyayangi diri kau!!!
Dia sayangkan kita dalam diam dan dalam rahsia!!!
dan sama ada percaya atau tidak Dia amat menyayangi aku melebihi aku menyayangiNya...!!
dan kadangkala....-hanya Dia yang wajib disayangi melebihi segala sesuatu- walaupun kadang-kala kau dan aku tak mampu menahan perasaan atas segala macam ujian...-
dan....
kembali kepada pilihan antara 2 jalan...
aku sendiri keliru...
sebahagian diri dan perasaanku berada di tempat lama
dan sebahagian lagi menahan aku untuk terus disini...
dan...aku harap akan ada satu keputusan nekad yang takkan mampu kukesali....
"Ya Allah, hanya Engkau penunjuk jalan atas segala sesuatu!!"

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home