- ColdstarZ -
" Subjektifnya maksud kata-kata kadangkala tak dapat di ungkapkan dengan kreatifnya penggunaan pelbagai bahasa dan cara"
Sunday, January 06, 2008
Saturday, July 07, 2007
no title
sekadar mengisi masa lapang yang sesekali ada..
aku menguatkan kenyakinan bahawa aku lapang - walaupun sebenarnya aku rasa macam aku sebenarnya ada lagi kije yang nak di buat...
ntah ar..
sebenarnya, sehingga saat ini aku rasakan macam laju benar masa bergerak pergi - jauh meninggalkan aku yang masih ketiadaan masa ini - huhh
( ayat aku ni ....haiii...ntah ar...) kesusahderaan la pulak - ahh persetankan dengan gaya bahasa ku yang agak kucar kacir dan mengelirukan ini...aku sekadar ingin berdialog dengan diri sendiri berkenaan kepantasan masa yang kian laju meninggalkan kita semua - terutamanya aku...
ntah ar - sekadar - prolog dan monolog - aku rasa macam makin tua lak aku ni - namun erti sebenar dewasa belum aku fahami betul-2 lagi- macam mencari-2 identiti yang makin susah nak di mengertikan pulak... - sebenarnya entah kenapa aku rasakan masa makin laju berputar - sekejap je -dan kekadang aku sendiri rasa pelik ngan masa ni - sebab ia pergi masa aku tak sedar diri langsung !! - dan kekadang pelik jugak-ntah nape aku rasa macam nak give up ngan semua benda yang ada depan amata aku ni..dan aku rasa macam kiamat makin dekat lak- eeiii takutnya..
dan sepintas lalu aku teringgatkan dosa-2 ku yang aku lakukan baik di waktu sedar, mahupun separa sedar, malah tanpa aku sedar dan tak sengaja pun...dan teringgat juga dosa dan aib yang akan aku tanggung kat padang masyar nanti - eeiiii - macam-2 benda yang aku buat - hingga aku rasa malu ngan tuhanku namun...kedegilan dan kebodohan yang melampau membuatkan aku seperti akan hidup selamanya - dan aku akan bertidak di luar kewarasan diriku sendiri- bodohnya aku - aku tak tau la apa nak jadi ngan aku ni - aku cuma berharap dan berdoa serta berbaik sangka dengan tuhanku, Allah S.W.T supaya aku di beri kesempatan untuk bertaubat dan pulang kepadaNya dengan jiwa yang tenang dan tenteram.
Eiii..beraninya aku melanggar arahan Raja yang paling berkuasa - ahh nasib baik aku tak di panah petir - sebab semalam hujan - petir dan kilat sabung meyabung - guruh berdetam dentum...- hatiku terasa getar - tapi tetap berbalut dalam selimut - dan sambung tido - zzzzz....tak ambil iktibar langsung - bukan nak bangun bermunajat atau buat apa-2 yang berfaedah - aku cuma bangun bila terasa gatal-2 di gigit nyamuk..lalu buka kipas - dan sambung tido...- banyak lak nyamuk semalam - nasib baik jugak tak kena denggi - boleh koma tuuu...- boleh mati jugak -huhuhuhu
dan masa pun berlalu pergi - sesedar dah pagi dan aku pun bukannya nak bersyukur sebab hidup lagi - tapi boleh lagi mengeluh dalam hati - alahai.....dah pagi rupanya lalu dengan malasnya bangun dan mula g mandi -
Dan sesedar sekarang ni aku dah menaip di skrin ini - office hour lagi-haii...ntaha ar..mungkin sebab aku bosan dan mungkin sebab tak de kije nak buat lagi,dan aku kelihatan begitu relax dan campur rasa mengantuk dan bosan yang menguasai diri ini..aku mula merasakan kebosanan hidup ini yang ntah apa-2...namun masih juga tidak melakukan sebarang kije yang mendatangkan faedah kepada nusa, bangsa dan negara...ahhh aku tengah membiarkan masa meniggalkan ku..dan aku terlalai dengan kealpaan yang ntah apa-2 aku masih tidak mengerti kata-2 frasa ( masa lapang sebelum tibanya masa sibuk)dan masih belum mengambil apa-2 tindakan susulan yang berkaitan...kesiannya kat diri aku - kesian lak kat tubuh badan dan anggota badan ku nanti kat padang masyar mesti kena minta di pertangungjawabkan atas segala sesuatu yang aku lakukan dan yang tidak aku lakukan...
ahhhh ntah apa yang aku melalut dan mengarut ni...
ahhh persetankan semua ini aku dah malas nak menaip - namun yang nyata,.ratiq dan atiq masih lancar mecatit segala sesuatu yang aku lakukan... - lagra lagi....
Saturday, June 30, 2007
Sunday, June 03, 2007
Saturday, May 12, 2007
random the fantasy...
skang ni aku tgh dengar lagu random fantasy...best gak lagu ni..
orang jepun ni memang creative la..
tapi ntah nape tiap kali dengar lagu-lagu dari soundrack film dari final fantasy ni..rasa sayu je tetiba...ahhhh lagra rupanya aku ini...sepatutnya hati aku akan lebih tersentuh mendengar suara memuji tuhan dan cara pengexpresian taubat atas dosa yang aku buat...ntah la..
sememangnya aku ini insan yang lemah dan melemahkan..
ada sesuatu yang aku ingin khabarkan dan war-warkan pada orang namun di masa yang sama aku tidak mahu umum mengetahuinya..
-aku sendiri pun tak faham apa yang aku cuba sampaikan ni-namun bak kata ct..biarlah rahsia... - tuhan sajalah yang tau...
sekian : terima kasih untuk diri sendiri -
Monday, April 02, 2007
catatan pertama bulan april
lamanya aku tak menaip di blog ni...
tak tau nak tulis apa..coz..
all seem bad to me -
hmm...
semalam adik sepupu aku kena tibai ngan bebudak skool dia- balik dari skool..habis merah-merah muka dia..dengar macam nak wat report police, tapi tak tau la...
semalam juga mak budak tu datang minta maaf
bapak sedara aku pun bengang ar semalam, coz anak dia sesorang kena pukul lak ngan 15 budak skool lagi..
aku pun tak tau la apa nak jadi ngan bebudak zaman sekarang ni, ragging merata-rata
aku tak tau lak dorang belasah sepupu aku tu atas dasar apa - mgkin tengah 'high' kot sebab bebudak tu...kaki hisap rokok-ganja and etc...and semalam dorang saja test power kot...
and mereka memang suka cari gaduh ngan budak-2 lain...aku pun tak tau nak kata apa laa...
pagi ni lak, sepupu aku tu kena buat sesi pengecaman kat skool ...cam bebudak yang hentam dia semalam...
aku cuma harap benda ni habis gitu je la..bimbang gak benda lain lak yang jadi nanti..
aku still felt like - out of mood...
now, im heard the saddest song- try to sang without any felin...
aku dah ada kat tempat baru ni...dan ntah napa ingatan aku ni asyik teringat je kat tempat kije aku yang dulu...
perubahan kije kat sini sedikit sebanyak membebankan benak aku disini...banyak benda yang aku belajar semula..dan yang lebih memberikan tekanan bila...
i still dont know what should i do...
arrggghhh-felt like my life is always...mess...all times!!
Monday, February 12, 2007
catatan februari yang ntah ke berapa
Minggu ni merupakanminggu terakhir, aku stay kat kementerian ni dan pagi ni bila datang kije ramai sungguh yang tanya aku berkenaan ngan pertukaran tempat kije ku ini sampai aku pun wondering...semua orang dah tahu ke..??hmmm...memang aku akan merindui segala sesuatu disini..namun..suka atau tidak, 3 hari lagi...aku akan meninggalkan segala sesuatu disini...
aku dah siap berkemas...tapi..beg tak cukup....!!
aku rasa aku akan datang semula untuk ambil dan bawa balik barang-barang untuk kali ke -2 ...hmm....tapi kalu ikut kata mak sedara aku, bulan Mac ni dia sekeluarga akan ikut kakak aku pergi ke Kedah..dan mungkin akan singgah dulu kat KL...jadi mungkin dia boleh bawa sekali baki barang-barang aku...bagus jugak...sebab aku pun malas nak ulang alik kesana kemari...lagipun aku perlukan rehat secukupnya...sebab selama ni aku tak pernah cukup rehat -cehh- puitisnya ayat ku !!!
-dalam bebanyak barang yang di bawa...yang paling bermain-main dalam kepala otak aku ini ialah...perihal...sang kura-kura yang aku namakan sebagai 'Kura-Kura'...'Kura-Kura' ni kecik saja, ...tapi aku pening gak macamana lah nak bawa dia masa dalam bas nanti...beg beroda yang berat amat itu satu..beg baju bimbit ada dua...aku riso kalu aku letak dalam bas...mati lemas lak...takkan nak bawa naik sekali...duk ngan aku, mana nak letak aquarium kecik tu...muntah darah lak 'Kura-Kura'ku nanti...bimbang gak aku bila dia mabuk kekgi - aku tak leh bertindak kejam ngan haiwan...dapat dosa...lagipun aku bajet nak lepaskan dia bila sampai kat kampung nanti...kalu lepas kat KL..ni..macamana la dia nak hidup...aku bajet nak campak je dia kat pantai nanti...tak pun kat paya tepi belukar kat kampung Kuala Kemaman tu....- tapi campak cara baik lah....letak slow-slow...tengok dia berenang di air yang tenang tu....hehehe-bukan campak ala-ala gaya sukan acara campak cekera jauh-jauh tu....sadis sangat tu...- tapi bimbang gak aku ngan nasib dia nanti...tapi aku pikir kalu aku tak lepas kan dia..dia takkan tau cara bersosial cara normal and jatuh cinta ngan spesis yang betul...kang...kalu sekat banyak-banyak sangat...nanti tersiksa lak batin dia, maklumlah aku pernah melalui masa-masa kritikal remaja yang nalurinya asyik memberontak je...walaupun dia kecik lagi...tapi masa kecik ni la..dia nak belajar serba-serbi tentang kitar hayat serta kehidupan yang dilalui oleh seekor 'kura-kura' yang normal...lagipun kalu terlalu dimanjakan sangat..kang tak leh berdikari lak -macam aku la....hmmmm...
aku bajet nak letak dia dalam kotak yang berudara...then letak dalam paper bag kecik...then bawa naik bas skali ngan aku....masak'lah kalu bunyi kuku dia mencakar-cakar nanti...'kura-kura' aku ni spesis ganas sebenarnya ni...risau gak aku...(tu yang buatkan aku tak sabar-sabar nak lepas kan dia...) hehehehe
tapi aku lebih risaukan buku-buku yang aku tinggalkan sementara di KL ni....banyak giler buku aku....-aku suka baca buku and kumpul buku-buku ..jiwa aku rasa tenang bila tengok buku-buku yang bertimbun tu...walaupun bahan bacaan aku itu terdiri daripada skop yang pelbagai...namun aku rasa tak salah kalu aku nak simpannya sebagai koleksi peribadi aku...lagipun aku beli ngan duit aku..beb...and it's give a sentimental value for me...lagipun kekadang bahan bacaan ku yang ringan ini...membuatkan aku lebih 'relaxs'...and satu yang aku sayang dan membuatkan 'kegerunan' dan ke amazing'an ialah...tafsir al-quran.....aku nak bawa balik...tapi aku tak leh letak sekali dalam beg..sebab beg aku tu akan diletakkan dalam tempat simpan barang di bahagian bawah bas...kalu aku letak dalam paper-bag...aku tak leh letak ia nya disebelah aku je...sebab...ianya 'ilmu tinggi' at least kena letak kat tempat yang melebihi paras pinggang...kan?? - ada orang pernah bagitau nak muliakan ilmu kena mulai dengan memuliakan tempat duduk letak nya...-tak pelah...aku peluk jelah...-insya'Allah aku memang nak bawa ia balik skali...lagipun punca segala ilmu tu..!!